nak ikut.....

Sunday, July 28, 2013

Jom singgah sahur….

Jumaat lepas, Kolej Komuniti Ledang ada menganjurkan program Jom singgah sahur….ala-ala konsep program TV3 punya tu…. Dan unit kami, servispenyamanan udara dan penyejukan di minta untuk membuat Burger special (tambah keju) untuk di agih-agihkan kepada kakitangan Hospital Tangkak, Balai Polis, Balai Bomba dan rumah anak yatim islam ledang….


Aku memang teruja, sebab ini pertama kali aku menyertai program bersahur dengan orang lain…selalu program berbuka puasa je…. Dan biasanya aku bersahur dirumah je….. makan pukul 12 malam sebelum tidur heheh

Dan pada hari kejadian, kami mula masak burger pada jam 10 malam…kira lepas terawih la…walaupun pada permulaannya ada pelbagai dugaan seperti api dapur tak nak menyala…namun kami Berjaya juga masak 250 ketul burger dalam masa yang ditetapkan….. Memang seronoklah apabila pengarah, pensyarah, staf, pelajar senior dan pelajar baru berganding bahu menyiapkannya…. Semoga program seperti ini akan terus diadakan lagi….


proses membuat burger


mula berkonvoi pada jam 2 pagi

destinasi singgah sahur pertama di hospital tangkak

destinasi singgah sahur kedua di balai bomba tangkak

destinasi singgah sahur ketiga di balai polis tangkak

destinasi singgah sahur terakhir di
pertubuhan kebajikan anak-anak yatim islam ledang johor (pkayil)

Apa yang menggembirakan kami sudah tentu melihat keseronokan kanak-kanak ini makan

#kepada sesiapa yang ingin menjemput team kami untuk menjual burger dalam sebarang majlis sangat-sangat dialu-alukan….boleh hubungi aku difacebook heheh…. (cari duit raya lebih heheh)

#kepada sesiapa yang ingin menderma kepada rumah anak yatim ledang ini, boleh lah menghubungi 06-9785667, semoga kegembiraan anak-anak yatim ini tidak hanya pada bulan Ramadan


#rabu depan ada program ihya Ramadan di Kolej KomunitiLedang….aku ditugaskan di bahagian pop kuiz Ramadan…habis la budak-budak ni kena soal dengan ‘Ustaz’ KJ heheh


Sunday, July 14, 2013

Surat cinta dari encik trafik!!!

Aku terima surat cinta!!! Siap dekat surat cinta itu letak nama penuh aku beserta dengan alamat aku di KL lagi….

Tetapi yang memberinya adalah seorang lelaki….Terima kasih banyak-banyak encik trafik!!!

Ahhh tidak!!!!Puasa kedua aku dah kena saman!!! Jadi rosak semua rancangan raya aku sebab duit perbelanjaan raya kena pindah untuk membayar saman uhhhh…. Harap raya nanti ada diskaun untuk membayar saman!!!!

Alkisahnya, Aku kena saman sebab tidak pakai tali pinggang ketika memandu untuk pergi bazaar….. walaupun dekat, kita wajib mematuhi undang-undang jalan raya tau!!!!

Jadi kepada saudara-mara aku, tahun ni raya…tiada duit raya ye hahahah



p/s(i): Hari ini sudah hari ke lima kita berpuasa….Mudah-mudahan, tahun ini aku dapat berpuasa penuh la seperti tahun-tahun lepas….


p/s(ii): Misi mencari duit raya lebih…ada idea???

Thursday, June 20, 2013

Terapi Azan….

Dalam sehari 5 kali kita akan mendengar azan…. Tetapi apa yang kita akan buat apabila dengar azan?

Diam tanda hormat azan? Bersiap-siap untuk pergi surau atau masjid? Atau buat tidak tahu sahaja??

Pernahkah anda menangis ketika mendengar azan??

Secara jujur, aku tidak pernah menangis mendengar azan sehingga lah aku menjadi pensyarah pengiring untuk membawa pelajar aku ke satu kem….

Disitu ada satu slot terapi azan, dimana semua orang diminta berdiri lurus diatas tanah…bermakna tiada kasut dikaki….dan semua barangan elektrik yang berada pada tubuh kita ditanggalkan seperti telefon bimbit, jam tangan dan sebagainya…….

Kami semua diminta berdiri lurus, pejamkan mata dan focus pada azan yang akan dimainkan….

Ketika itu terasa sunyi, fasilitator memainkan rakaman azan…. Hanya kedengaran laungan azan sahaja bergema di dalam bilik itu…. Baris demi baris azan itu dihayati….serius ketika itu, aku merasakan badan aku bergetar….terasa aku insan yang paling kecil dan lemah….dan sesungguhnya Allah Maha Besar… Dan tidak aku sangka, ada titisan air mata mengalir di pipiku…

Aku tahu aku tidak layak masuk ke syurga Nya, tetapi aku tidak mahu masuk neraka Nya…

Selepas sahaja azan berkumandang, fasilitator menyuruh kami membuka mata….. rupanya bukan aku seorang sahaja yang mengalirkan air mata…. Dan satu persoalan bermain di fikiran aku

“Kenapa sebelum ini aku tidak merasakan perasaan ini??”

Rupanya sebelum ini, aku tidak pernah betul-betul menghayati bait-bait azan itu…. Dan aku yakin, apabila ada sahaja azan berkumandang di radio atau TV, kita pasti akan menukar siaran lain….

Rupanya sungguh indah Azan itu…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...