nak ikut.....

Monday, December 30, 2013

Kena “serang” dengan pelajar

Petang tadi. Ketika aku berada di kolej…

Kringg!! Kringg!! Kring!!

Telefon bimbit aku berbunyi. Aku melihat pada skrin telefon aku, tertera nama pelajar aku yang sedang bercuti dan akan mendaftar masuk semester baru esok…

“Ini mesti hendak tanya pasal proses pendaftaran esok….sudah semester akhir pun masih tidak tahu lagi”, rungut aku sendirian

Aku pun mengangkat pangilan tersebut..

“Hello….Assalamualaikum”

“Hello encik….Waalaikumussalam…Oh apabila saya cuti semester, encik senyap-senyap je bertunang ye….tidak bagi tahu saya pun….Ini yang saya tidak puas hati ini”, aku diserang bagai peluru tanpa henti… Bertubi-tubi soalan di tanya  oleh pelajar aku itu….

Selepas penat dia menyerang, aku pun bertanya padanya…

“Macam mana kamu tahu saya bertunang??”

“Daripada facebook encik lah…”

“Eh kan kat situ saya tulis majlis merisik adik lelaki saya”

“Eh yeke encik?....erk erk…Esok pendaftaran pukul berapa encik??”

Aku terus tergelak apabila dia mula tukar topic….sebiji macam pensyarah dia ini, pakar menukar topik hahah…Tapi aku layankan sahaja soalan-soalannya….

Dan apabila aku hendak menamatkan panggilan itu, aku sempat memberitahupadanya

“Jangan risau, kalau saya kahwin nanti…saya akan bagi tahu kamu awal-awal….sempat kamu sediakan hadiah kahwin nanti heheh….” 


Wednesday, December 11, 2013

Dapat Rm 20000!!!

Bertuahnya aku….

Sebelum ini aku sudah dapat, kali ini aku dapat lagi….

Aku dapat lagi satu mesej kononnya daripada Shell yang aku telah memenangi Grand Prize…

Sangat bertuahnya aku kalau betul-betul aku dapat….

Mesej daripada nombor 012-8644516 itu berbunyi begini…

“Your Card telah Berjaya & menangi hadiah GRAND PRIZE dari Shell (M) Berhad RM 20000 Ribu No siri 4D257SR sila dail talian: 012-8643857..www.shell-my.com”

Aku pun gatal membalas mesej itu….

“Poskan cek itu kepada saya ye…sebab saya sedang mengumpul dana untuk menolong mangsa-mangsa banjir ini”

Terus senyap, tiada balasan…Kalau betul-betul dia nak bagi RM 20000 itu, dia mesti akan tanya lebih lanjut dari aku kan??…hehe

Nota kaki 1: Kepada sesiapa yang berminat untuk menderma barangan terpakai, makanan atau wang kepada mangsa-mangsa banjir….boleh menghubungi aku di facebook… kami sedang mengumpul barangan untuk didermakan kepada mangsa-mangsa banjir.




Nota kaki 2: Hari ini, aku sangat penat main badminton…walaupun kalah, tetapi aku berpuas hati kerana dapat berpeluh juga heheh

Tuesday, December 10, 2013

Kerana sebatang pokok!!

Petang tadi aku belajar mengenai Chiller dan Cooling Tower dengan kontraktor… Kontraktor ini seorang cina tetapi sangat peramah…kira sebaya pakcik aku….

Uncle ini sangat peramah, habis semua benda dia hendak berborak….daripada kisah penyaman udara sehinggalah kisah hidup dia….siap uncle ini tanya satu soalan cepu cemas pada aku lagi…

“Eh, you sudah kahwin ke??”

“Belum lagi lah….saya masih muda”, kata aku sambil gelak memandangnya….

“Takkan kerana sebatang pokok, habis satu hutan you tidak suka”

Aku tergelak mendengar kata-katanya….Manalah dia dapat pepatah itu….



Pepatah yang betul….”Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor”… heheh.. Tetapi dari kursus komunikasi yang aku pergi baru-baru ini…tidak penting bagaimana sesuatu komunikasi itu disampaikan, janji ia dapat difahami…itulah kepentingan komunikasi…


Nota kaki: Bukan aku tidak suka hutan…tetapi hutan itu penuh misteri dan dugaannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...