nak ikut.....

Thursday, April 24, 2014

Bakat Luar Biasa…

Anda ada bakat luar biasa? Yang lain daripada orang lain?

Bakat aku? Aku tidak tahulah….Kalau senang tidur tu, boleh dikira bakat tak?? Yela sebab kalau aku pergi kursus je, mesti kawan aku akan kata…

“Eh kau ni senang tidur la….letak kepala atas bantal je terus mata terlelap”

Yelah….nak buat apa lagi?? Tak kan nak korek hidung sambil merenung siling? Lebih baik terus tidur je hehe…

Dan baru-baru ini, atau lebih tepat lagi semalam….iaitu 22 dan 23 April yang lepas… Program Saringan Talentime (Bakat bebas) telah dilakukan….ia adalah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dan Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRiSS) Kolej Komuniti Ledang…Aku bertindak sebagai penyelaras yang memantau… Kerja-kerja lain semua pelajar yang buat….

Dan peringkat saringan berjalan dengan penuh sambutan….aku tidak sangka akan mendapat sambutan sehingga 50 persembahan….tetapi kebanyakannya menyanyi atau karaoke… yang lain ada juga tarian, deklamasi sajak, lakonan, beatbox dan lain-lain

Jika anda ingin melihat bakat-bakat mereka....anda boleh melihat videonya di SINI...  Jika anda menyukai persembahan mereka, anda boleh LIKE video mereka kerana ia melibatkan Undian di Facebook juga

Minggu depan pula, akan diadakan Talentime untuk azan dan pidato… Harap ia turut mendapat sambutan hangat juga heheh




Nota kaki kanan: Masih cuba mencari bakat terpendam di dalam diri ini heheh

Saturday, April 19, 2014

Mana susu?

Hari Sabtu….

Jam 6.00 petang…

Waktu dimana kebiasaannya aku akan pergi ke pasar malam jasin….dan minggu lepas aku membeli jagung cawan yang di tambah susu…sangat sedap dan layanannya sangat bagus….dan aku terfikir untuk membelinya lagi pada hari ini..

Aku sampai di bahagian orang yang menjual jagung tersebut….tetapi orang lain yang menjaganya…. Aku meminta jagung cawan susu….dan orang tersebut membuatnya, tetapi jauh berbeza layanannya dengan orang yang menjaga minggu lepas….kalau minggu lepas, sangat ramah dan sentiasa tersenyum…tetapi yang hari ini, senyumannya sangat mahal…masam mencuka sahaja….

Dia membubuh jagung tersebut dalam cawan dan terus tutup penutupnya dan bubuh di dalam plastic… Aku mengulangi pesanan aku sebab aku melihat dia tidak membubuh langsung susu cair

“Saya hendak jagung susu”

“Sudah bubuh”, balasnya. Walaupun realitinya aku lihat daripada mula sehingga habis proses membuatnya, tiada susu dibubuhnya…takkan aku hendak bayar extra 50 sen tetapi tiada susu??

“Kalau macam tu, bubuh lebih sikit susulah”, aku membalas supaya susu dibubuh juga…

Dia terus membubuh susu dengan muka yang masam. Aku bukan seorang yang cerewet, tetapi itu adalah hak pelanggan… Dan kebiasaannya, perniagaan yang maju bukan semata-mata kerana produk sahaja….termasuk juga khidmat pelanggan….Itu yang biasa aku tekankan kepada pelajar-pelajar aku…

Nota kaki kanan: Kepada sesiapa yang ingin membeli susukambing, boleh menghubungi aku atau melalui Koperasi Kolej Komuniti Ledang.




Nota kaki kiri: Esok bermulalah Pertandingan Badminton Piala Ketua Program…. Siapakah yang menjadi bergu pertama menjuarai Piala Ketua Program ini….Nantikan!!!


Friday, April 18, 2014

Terima Kasih….

Jam 8.00 malam, di sebuah rumah kampong di Jasin…

Sunyi!!!

Aku sedang bermain komputer sambil telinga aku mendengar berita yang sedang bersiaran di TV. Dan tiba-tiba, aku berhenti menatap skrin computer….dan mata aku beralih ke arah TV, aku fokus mendengar berita yang disampaikan oleh pembaca berita..

“Seorang guru menyepak dan memijak kepala pelajarnya…”

Aku sebagai seorang pendidik juga turut terasa dengan berita itu….Apa pelajar itu buat sampai guru itu sanggup menyepak dan memijak kepalanya? Adakah ia berpunca daripada pelajar itu atau guru itu sendiri? Bagi aku, kalau tiada angin, takkan pokok bergoyang melainkan ada monyet kat pokok itu…. Hehe

Dan aku telah bangkitkan isu ini di facebook aku…..ada yang komen, ada yang PM dan yang membuatkan aku tergamam sekejap ada yang wechat aku

Bekas pelajar aku wechat aku…tapi tidak tahulah berkaitan dengan isu itu atau tak…sebab facebook bekas pelajar aku ini tidaklah aktif

“Salam…terima kasih ajar saya selama ini”

Aku membalasnya agak lambat….sebab aku terfikir kenapa secara tetiba pelajar ini hantar mesej macam tu…

“Salam…sama-sama..itu tanggungjawab saya….tapi awak tengah demam ke??”

“Eh takdelah encik…tiba-tiba teringat kat kolej hehe”


Nota kaki kanan: Kebiasaannya, apabila pelajar sudah habis belajar….mesti teringat atau rindu zaman ketika belajar….aku pun sama…rindu zaman belajar dulu-dulu… Tetapi zaman belajar dulu, asyik suruh pensyarah habiskan kelas awal je heeh, sama jugalah dengan pelajar aku sekarang ini…

Pelajar Semester akhir kelas aku....pasti akan merindui gelagat mereka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...