nak ikut.....

Friday, July 18, 2014

Kisah Singgah Sahur Dan MH17

Kisah ini berlaku semalam…..

Selepas solat terawih, aku perlu ke kolej semula sebab malam itu ada Program Jom Singgah Sahur…. Sebenarnya tugas aku adalah sebagai AJK Promosi dan tugas aku sudah selesai….kerana aku bergerak sebelum program berlangsung….. Jadi kalau malam itu tak pergi pun takpe….tapi rugilah kerana tahun lepas sangat meriah…..ini adalah tahun kedua Program Jom Singgah Sahur…

Selepas balik terawih, aku balik ke rumah dahulu….kerana hendak menukar baju…Program Jom Singgah Sahur bertemakan warna putih tahun ini…..Kemudian aku menonton TV, seronok pula cerita malam itu…. Dan pada masa yang sama, di Kolej sedang berlangsung majlis Rewang memasak makanan untuk bersahur dari pukul 10 malam hingga 2 pagi dan akan di agihkan nanti secara berkonvoi ramai-ramai ke Hospital Tangkak, Balai Bomba Tangkak, Balai Polis Tangkak, Plus Berhad (Tol Tangkak) dan akhir sekali bersahur di Rumah Anak Yatim Ledang….dari pukul 2 pagi hingga waktu sahur….

Sambil aku tengok TV, ada pelajar wechat aku…

“Salam, encik mana??”

“Salam, ada je kat rumah ni…Kenapa??”

“Encik kata nak datang malam ni”

“Sudah ramai ke yang datang masak??”

“Boleh tahanlah”

“Camtu saya datang masa konvoi nanti je lah”

Aku terus menonton TV sampailah berita MH17 di tembak jatuh keluar….aku terus kusyuk mendengar perkembangan terkini sehingga aku tidak sedar jam hampir pukul 2.00 pagi…Aku terus rasa macam malas je nak sertai Program Jom Singgah Sahur tu… Jadi aku wechat rakan sekerja aku dan seorang pelajar lain…

“Kamu rasa saya perlu datang tak kolej??”tanya aku

“Perlu la….Encik kan AJK”

Terus rasa macam kena hentak dengan steering lock hehe…Aku terus bersiap….tapi sebenarnya tarikan utama aku adalah nak bersahur di rumah anak-anak yatim tu….dah banyak program aku buat kat situ… rasanya ni kali kelima sepanjang aku kerja di Kolej itu…aku nak jumpa adik syed, adik amirul dan lain-lain…

Tepat pada masanya, sebaik sahaja aku sampai Kolej…mereka semua baru hendak bergerak konvoi…. Kami bergerak ke Hospital Tangkak terlebih dahulu,kemudian Balai Bomba, Balai Polis, Plus Berhad dan akhir sekali kat rumah anak-anak yatim……



Kebetulan dalam perjalanan ke destinasi terakhir, hujan mulai turun…. Sampai je ke rumah anak-anak yatim, aku carilah adik-adik tu…..mereka masih ingat aku lagi…..sudah darjah 6 rupanya mereka…. Disitu kami duduk lama sikit sebab kami bersahur sekali di situ, berborak-borak dan memberi mereka hamper…

Selepas itu aku balik rumah semula, buka siaran TV dan sambung mengikuti perkembangan MH17….dan aku masih belum tidur lagi ni….



Nota kaki kanan: Janganlah nanti aku asyik terangguk-angguk (tidur) ketika mendengar khutbah Jumaat nanti heheh

Nota kaki kiri: Petang ni pasukan JDT turun ledang….macam nak pergi tengok je hehe

Nota tangan kanan: Isnin depan, ada lagi satu program yang aku terlibat iaitu Program Kesedaran Bahaya Denggi….aku jadi tukang bawa Pegawai Kesihatan ke tempat pembiakan nyamuk kalau ada heheh


Nota tangan kiri: Doa Ku untuk MH17

Yang Menulis,
KJ Kun
Email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86


Wednesday, July 16, 2014

Pasukan JDT turun Ledang?

Betul ke pasukan JDT akan turun Ledang?

Yup…mereka akan turun Ledang Jumaat ini…18 Julai 2014…. Jam 5.00 hingga 6.30 petang di dataran Ledang… itu maklumat yang aku perolehi daripada Pegawai Sukan tempat aku ini….

Jadi aku pun menyampaikan maklumat ini kepada pelajar aku, maklumlah kebanyakan daripada mereka penyokong kuat pasukan JDT

“Ok, hari Jumaat ini pasukan JDT akan turun dataran Ledang jam 5 hingga 6.30 petang…jadi sesiapa yang nak tengok, bolehlah datang dataran”, beritahu aku

Dan aku mendapat banyak soalan secara bertubi-tubi…..yang menunjukkan keterujaan mereka…

“Betul ke encik? Encik tipukan?”, Tanya seorang pelajar

“Muka saya yang baik ini, takkan nak menipu kamu semua pula”, balas aku

“Pasukan JDT datang sini kenapa encik, ada majlis berbuka ke??”, Tanya pelajar lain pula

“Mereka datang untuk berkongsi piala kemenangan Liga Super”, balas aku

“Kiranya macam Jerman bawa Piala Dunia ronda satu Negara la eh encik…..”, Tanya mereka untuk kepastian

“Yup, tapi ini satu negeri jelah…Johor je….kalau satu Negara, sakit hati pula pasukan negeri lain” balas aku

Dan ada lagi macam-macam soalan yang ditanya tapi satu jawapan je aku bagi…Soalan mereka….

“Bas bumbung terbuka ada mereka bawa sekali ke encik??”

“Safee Sali ada tak encik??”

“Pergi sana dapat duit raya tak encik”

Dan aku jawab….

“Nanti saya call TMJ”



Nota kaki kanan: Sudah biasa menjadi “Kaunter Pertanyaan” heheh

Nota kaki kiri: Esok masuk kelas nak bawa steering Lock la….Mesti tiada pelajar nakal heheh

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86  

Monday, July 14, 2014

Masih Belajar…

Sangat penat hari ini….keletihan…

Mungkin sebab bangun awal pagi tadi untuk menonton bola Piala Dunia German lawan Argentina…. Tahniah German!!!! Kampung Jerman semakin popular la jawabnya….

Selepas habis menonton Piala Dunia, aku terus bersahur dan bersiap-siap pergi kerja…..dalam bulan Ramadhan ni, aku agak awal la sampai pejabat…..seperti biasa pada waktu pagi, aku akan mengajar sampai la ke petang….dan waktu petang aku akan duduk di koperasi, mengemaskini koperasi…

Dengan koperasi banyak aku belajar tentang perniagaan……bagaimana berbincang bersama pembekal, bagaimana berurusan dengan pelanggan….dan pelbagai lagi… Hari ini, aku banyak berurusan dengan pembekal, bagaimana nak mintak tangguh pembayaran…bagaimana nak minta di cepatkan hantar barang…..kadang-kadang aku rasa muka ni sudah tebal 5 inci…..tapi takpelah, itu pengalaman

Sekarang ini, aku ada 3 matlamat jangka pendek aku untuk bulan ini….

a)      Matlamat pertama aku, aku hendak memastikan jualan koperasi Kolej Komuniti Ledang tidak merosot sangat untuk bulan puasa ini….
b)      Berusaha mencari pembekal baju bengkel dan baju chef yang dapat memberi harga yang berpatutan dan berkualiti.
c)       Cuba memastikan koperasi Kolej Komuniti ledang mampu berdaya saing dan maju

Pening juga lah hari-hari cuba mencari idea untuk jualan di Koperasi….susah hendak menjangkakan pasaran…. Tapi serius, berniaga ini seronok!!! Kalau sesiapa ada idea untuk berniaga bolehlah hubungi aku di Facebook.



Nota kaki kanan: Jom like page Koperasi Kolej KomunitiLedang…. Harga berpatutan!!!!

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...