Kisah ini berlaku semalam…..
Selepas solat terawih, aku perlu ke kolej semula sebab
malam itu ada Program Jom Singgah Sahur…. Sebenarnya tugas aku adalah sebagai AJK
Promosi dan tugas aku sudah selesai….kerana aku bergerak sebelum program
berlangsung….. Jadi kalau malam itu tak pergi pun takpe….tapi rugilah kerana
tahun lepas sangat meriah…..ini adalah tahun kedua Program Jom Singgah Sahur…
Selepas balik terawih, aku balik ke rumah dahulu….kerana
hendak menukar baju…Program Jom Singgah Sahur bertemakan warna putih tahun ini…..Kemudian
aku menonton TV, seronok pula cerita malam itu…. Dan pada masa yang sama, di Kolej
sedang berlangsung majlis Rewang memasak makanan untuk bersahur dari pukul 10
malam hingga 2 pagi dan akan di agihkan nanti secara berkonvoi ramai-ramai ke
Hospital Tangkak, Balai Bomba Tangkak, Balai Polis Tangkak, Plus Berhad (Tol
Tangkak) dan akhir sekali bersahur di Rumah Anak Yatim Ledang….dari pukul 2
pagi hingga waktu sahur….
Sambil aku tengok TV, ada pelajar wechat aku…
“Salam, encik mana??”
“Salam, ada je kat rumah ni…Kenapa??”
“Encik kata nak datang malam ni”
“Sudah ramai ke yang datang masak??”
“Boleh tahanlah”
“Camtu saya datang masa konvoi nanti je lah”
Aku terus menonton TV sampailah berita MH17 di tembak
jatuh keluar….aku terus kusyuk mendengar perkembangan terkini sehingga aku
tidak sedar jam hampir pukul 2.00 pagi…Aku terus rasa macam malas je nak sertai
Program Jom Singgah Sahur tu… Jadi aku wechat rakan sekerja aku dan seorang pelajar
lain…
“Kamu rasa saya perlu datang tak kolej??”tanya aku
“Perlu la….Encik kan AJK”
Terus rasa macam kena hentak dengan steering lock hehe…Aku
terus bersiap….tapi sebenarnya tarikan utama aku adalah nak bersahur di rumah
anak-anak yatim tu….dah banyak program aku buat kat situ… rasanya ni kali
kelima sepanjang aku kerja di Kolej itu…aku nak jumpa adik syed, adik amirul
dan lain-lain…
Tepat pada masanya, sebaik sahaja aku sampai Kolej…mereka
semua baru hendak bergerak konvoi…. Kami bergerak ke Hospital Tangkak terlebih
dahulu,kemudian Balai Bomba, Balai Polis, Plus Berhad dan akhir sekali kat
rumah anak-anak yatim……
Kebetulan dalam perjalanan ke destinasi terakhir, hujan
mulai turun…. Sampai je ke rumah anak-anak yatim, aku carilah adik-adik tu…..mereka
masih ingat aku lagi…..sudah darjah 6 rupanya mereka…. Disitu kami duduk lama
sikit sebab kami bersahur sekali di situ, berborak-borak dan memberi mereka
hamper…
Selepas itu aku balik rumah semula, buka siaran TV dan
sambung mengikuti perkembangan MH17….dan aku masih belum tidur lagi ni….
Nota kaki kanan: Janganlah nanti aku asyik
terangguk-angguk (tidur) ketika mendengar khutbah Jumaat nanti heheh
Nota kaki kiri: Petang ni pasukan JDT turun ledang….macam
nak pergi tengok je hehe
Nota tangan kanan: Isnin depan, ada lagi satu program yang
aku terlibat iaitu Program Kesedaran Bahaya Denggi….aku jadi tukang bawa Pegawai
Kesihatan ke tempat pembiakan nyamuk kalau ada heheh
Nota tangan kiri: Doa Ku untuk MH17
Yang Menulis,
KJ Kun
Email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86
Yang Menulis,
KJ Kun
Email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86