nak ikut.....

Monday, July 14, 2014

Masih Belajar…

Sangat penat hari ini….keletihan…

Mungkin sebab bangun awal pagi tadi untuk menonton bola Piala Dunia German lawan Argentina…. Tahniah German!!!! Kampung Jerman semakin popular la jawabnya….

Selepas habis menonton Piala Dunia, aku terus bersahur dan bersiap-siap pergi kerja…..dalam bulan Ramadhan ni, aku agak awal la sampai pejabat…..seperti biasa pada waktu pagi, aku akan mengajar sampai la ke petang….dan waktu petang aku akan duduk di koperasi, mengemaskini koperasi…

Dengan koperasi banyak aku belajar tentang perniagaan……bagaimana berbincang bersama pembekal, bagaimana berurusan dengan pelanggan….dan pelbagai lagi… Hari ini, aku banyak berurusan dengan pembekal, bagaimana nak mintak tangguh pembayaran…bagaimana nak minta di cepatkan hantar barang…..kadang-kadang aku rasa muka ni sudah tebal 5 inci…..tapi takpelah, itu pengalaman

Sekarang ini, aku ada 3 matlamat jangka pendek aku untuk bulan ini….

a)      Matlamat pertama aku, aku hendak memastikan jualan koperasi Kolej Komuniti Ledang tidak merosot sangat untuk bulan puasa ini….
b)      Berusaha mencari pembekal baju bengkel dan baju chef yang dapat memberi harga yang berpatutan dan berkualiti.
c)       Cuba memastikan koperasi Kolej Komuniti ledang mampu berdaya saing dan maju

Pening juga lah hari-hari cuba mencari idea untuk jualan di Koperasi….susah hendak menjangkakan pasaran…. Tapi serius, berniaga ini seronok!!! Kalau sesiapa ada idea untuk berniaga bolehlah hubungi aku di Facebook.



Nota kaki kanan: Jom like page Koperasi Kolej KomunitiLedang…. Harga berpatutan!!!!

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86 

Sunday, July 13, 2014

Jom Menderma!!!

Assalammualaikum…..

Syukur Alhamdulillah……masih diberi kesempatan untuk hidup dan berpuasa di bulan Ramadhan ini…

Dan Khamis ini, 17 Julai 2014…. Kolej Komuniti Ledang menganjurkan program Jom Singgah Sahur 2014…. Program ini adalah kali kedua yang akan dianjurkan…..dan lebih meluas….Konsepnya adalah selepas terawih malam khamis itu…semua warga Kolej Komuniti Ledang akan berkumpul di kolej dalam pukul 10 malam….dan bersedia untuk memasak hidangan sahur bagi  seramai dalam lingkungan 300 orang….


 Menu kali ini agak menarik, aku sebagai JK Promosi program telah tahu menunya…jadi aku hendak bocorkan disini hehe….menunya creep role dan karipap cheese beserta dengan air….. Insyaallah selepas masak nanti, kami akan serang ke IPD Ledang, Balai Bomba, Hospital Tangkak, Plus dan rumah anak-anak yatim ledang….. Kalau tahun lepas sangat meriah dengan penglibatan ramai staf kolej dan pelajar…. Beserta dengan pakaian mengikut tema warna Merah….

Aku harap tahun ini lebih meriah…kerana program ini diadakan hanya pada bulan Ramadhan…. Dan jika ada sesiapa yang ingin menderma terutamanya kepada rumah anak yatim yang akan kami singgah nanti…. Bolehlah hulurkan sumbangan tersebut ke Jabatan Pengajian Sepanjang Hayat (JPSH), Kolej Komuniti Ledang. Sumbangan boleh dibuat sehingga 17 JULAI 2014 (Khamis), sebelum jam 3.00 petang. Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian 06-9789295 (Jab. PSH).

Bentuk Sumbangan yang kami sedang kumpulkan adalah seperti BARANG KEPERLUAN HARIAN dan juga KEPERLUAN HARI RAYA yang akan tiba tidak lama lagi..


Nota kaki kanan: Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima…jadi Jom derma dan melipatgandakan amalan sepanjang bulan Ramadhan ini.

Nota kaki kiri: Dapatkan info aktiviti pelajar Kolej Komuniti Ledang di Facebook/ Priss

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Friday, July 11, 2014

Pray For Gaza!!

Pray For GAZA….

Doakan untuk rakyat Palestine….

Di bulan yang mulia ini, bulan Ramadhan……sedang kita asyik memikir apa menu hendak berbuka…. Bazar mana hendak pergi….

Tetapi saudara sesama islam kita di Gaza ketika ini sedang mengikat perut…..meratapi kematian keluarga terdekat……berjuang demi agama islam……

Ketika anak remaja kita leka bermain mercun…..mereka di sana dihujani dengan bom…..

Adakah kita masih mampu berdiam diri??

Hulurkan bantuan kepada mereka!!!

Boikot barangan Israel selagi boleh bukan bermusim!!!

Dan berjihadlah di jalan Allah

Allahuakbar!!!




Nota kaki kanan: Sakitnya hati aku apabila terbaca berita yang ada orang mengambil kesempatan mengutip duit derma untuk Gaza secara tidak sah…Mereka mengambil kesempatan!!!  

Nota kaki kiri: Dapatkan info aktiviti pelajar Kolej Komuniti Ledang di Facebook/ Priss

Yang Menulis,
KJ Kun
email: khairul_khai86@yahoo.com
Facebook: KJ Kun
Instagram: KHAIRULJOHARI86

Monday, June 30, 2014

Artis di Bazar….

Alhamdulillah, hari ini cukup 2 hari kita berpuasa….ada yang sudah ponteng puasa?? Kalau kaum hawa tidak berpuasa, boleh dimaafkan sebab ada alasan yang kukuh…..tetapi kaum adam ni, kalau tidak berpuasa…tidak boleh dimaafkan kalau sihat…

Dan hari ini, hari kedua aku pergi bazaar di Kuala Lumpur…..tetapi bazaar yang berbeza….saja mencari menu yang unik….tetapi masih belum jumpa lagi la….ada tak menu yang unik yang anda sudah makan? Boleh share dengan aku di facebook ke…. Kebanyakan menu yang sama je aku jumpa, dan disebabkan kita membeli dalam keadaan yang lapar, semua kita nampak sedap…semua makanan kita rasa nak beli… oh my nafsu!!!!

Hari ini, aku terjumpa Aizat Amdan di bazaar….ala yang penyanyi fames tu….semalam aku jumpa Syawal Af tu….mungkin ada yang tak kenal kot….korang boleh tanya pakcik Google… aku hanya tengok je lah diorang….takde la sampai minta tanda tangan hehe….tapi yang syawal tu, aku saja lalu disebelah dia…nak tengok siapa lagi tinggi….serius dia memang tinggi, aku hanya paras takat telinga dia je….

Esok aku jumpa artis mana pula di bazaar ye?? Sebab esok aku sudah mula berpuasa di Melaka dan Ledang….ada ke artis kat bazaar Melaka dan ledang? Hehe….

Dan apabila masuk bulan Ramadan je….Kolej aku akan buat program Jom Singgah Sahur….tak sabarnya nak sertai….




Nota kaki kanan: Semoga Ramadan aku kali ini lebih baik daripada Ramadan ku yang lepas
Nota kaki kiri: Aik sudah bunyi dentuman mercun...baru puasa kedua...Harap jangan ada yang tercedera!!

Friday, June 27, 2014

Berpuasa di Kuala Lumpur

Hampir 3 tahun aku bekerja di Johor…

Dan setiap kali hari pertama Ramadan, aku akan berpuasa dengan keluarga aku…. Termasuklah kali ini… Aku akan balik ke Kuala Lumpur….

Dan kali ini Johor dapat 4 hari cuti iaitu hari khamis sebab JDT menang bola, Jumaat, sabtu dan ahad (Johor ambil cuti hari pertama puasa)…. Memang seronoklah dapat cuti lama di Kuala Lumpur…. Tetapi semalam, khamis aku perlu bekerja….pergi bertanding petanque di Batu Pahat…. Jadi aku balik ke Kuala Lumpur pagi tadi….banyak perubahan sudah berlaku di Kuala Lumpur ini…. Tapi yang pasti, apabila aku masuk je Kuala Lumpur….jalan mesti sesak….itu yang aku tidak alami di tempat aku kerja

Jadi di sini, aku ingin memohon maaf kepada semua andai aku ada melakukan salah dan silap sama ada secara sengaja atau tidak….kira kosong-kosong lah…dan aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa!!




Nota kaki kanan: Program kolej sempena bulan puasa iaitu “Jom Singgah Sahur” akan kembali lagi untuk tahun ini…..tidak sabarnya!!!

Wednesday, June 25, 2014

Salam Terakhir….

Semalam adalah hari terakhir pelajar-pelajar aku di kolej….selepas ini, kemungkinan mereka bekerja atau sambung belajar

Dan semalam juga adalah hari terakhir yang dapat kami kumpul beramai-ramai….

Dan boleh pula, mereka ramai-ramai nyanyi lagu Salam Terakhir……lagu yang pantang aku dengar… kerana biasanya aku dengar lagu tu ketika potong bawang, jadi mata akan berair la heheh

Mereka start menyanyi lagu tu tanpa aku sedari….rangkap pertama mereka menyanyi

“Sampaikan salam buat semua,
Salam terakhir salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Pada teman yang ku kenang,
Pemergian ku ini tak dirancang”

“Aduiii, apsal mereka nyanyi lagu ini….” Kata aku dalam hati…. Aku cuba tahan, tak kan nak nangis kot, tak macho la heehe….aku cuba fokus pada benda lain bukan pada lirik nyanyian mereka, buat-buat gelak atau bercakap dengan yang lain… Tapi mereka terus menyanyi dengan kuat….

“Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu”

Mata aku sudah mula bergelinangan….aku memang teringat abah….bait-bait liriknya betul menceritakan bagaimana aku tidak berkesempatan berjumpa dengan abah saat akhir….memang aku sangat rindu abah….aku cuba aplikasi petua orang supaya tidak menangis….pandang atas la, tidak kelip mata la…dan macam-macam lagi…..tetapi mereka terus menyanyi…

“Demi sebuah kenyataan,
Yang amat menyakitkan,
Aku yang tidak berdaya,
Hanya berserah padanya”

Tanpa aku sedari, jatuh juga beberapa titis air mata aku…..walaupun mereka menyanyi dengan tempo yang lari dan salah heheh…Bukan aku tidak sedih mereka hendak tamat belajar, aku sedih sebab dalam tempoh 6 bulan ini banyak kenangan kitorang bersama…..kalau dulu ada yang pemalu, sekarang sudah berani berkata-kata…. Kalau dulu ada yang takut-takut nak bergurau dengan aku, sekarang berani kata “kecah la encik” haha….aku memang sedih mereka hendak habis, tetapi sekarangkan zaman teknologi? Boleh sentiasa berhubung di facebook, wechat, telefon, mesej dan lain-lain… tetapi bagaimana aku hendak berhubung dengan abah?? Hanya aku mampu kirimkan doa sahaja….tetapi tidak ada maklum balas dari abah….aku rindu untuk terima mesej abah yang panjang-panjang setiap kali hari jadi aku….

 Serius, aku memang tidak boleh dengar lagu ni…Mereka memang Berjaya nak buat aku sedih untuk berpisah dengan mereka huhu…tunggulah aku buat kompilasi video sepanjang semester, nak kenakan mereka pula…

Nota kaki kanan: Hari semalam merupakan hari yang akan aku ingat sampai bila-bila kerana banyak perkara indah berlaku, aku menang pingat emas dan gangsa untuk dua inovasi aku, audit 5s kolej aku berjalan dengan lancar, dan pelajar aku tamat belajar semalam serta kebetulan gambar mereka keluar dalam akhbar.




Nota kaki kiri: Banyak kenangan bersama, mengecat, bernasyid,berjual beli (usahawan), maskom, berlakon video, talentime, azan, port Dickson, badminton dan banyak lagi

Facebook: KJ Kun
Wechat: kjkun86
Instagram : KHAIRULJOHARI86

Monday, June 23, 2014

Aku dan Matematik

Kenapa aku suka matematik??

Dulu aku pun tidak suka matematik, bagi aku matematik ini macam tiada fungsi dalam kehidupan….itu dulu…. Tetapi sekarang aku nampak kegunaan matematik

Mula dari sekolah rendah, aku sudah mula minat matematik….itupun lepas cikgu aku cakap…Matematik lah subjek paling senang nak kumpul markah….sama ada kamu jawab dengan betul atau salah..itu saja jawapan dia…hanya ada betul dan salah….jadi lepas sahaja exam, kamu sudah boleh tahu sama ada kamu lulus atau gagal

Berbanding subjek Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, ia lebih subjektif…..penilaian dan markah banyak bergantung kepada penilaian pemeriksa….. dan aku masih ingat lagi ketika aku darjah enam, dimana setiap pelajar perlu membaca sifir 2 hingga 12 di hadapan kelas seorang demi seorang…. Aku memang tidak menghafal sifir….sebab aku mengira pakai jari dan disebabkan aku selalu skor subjek matematik, cikgu aku terus je tanda semua sifir kira aku dah hafal semua sifir…..sedangkan aku ketika tu tak hafal pun sifir….hehe

Dan semasa temuduga juga, aku biasa ditanya soalan-soalan matematik....lebih-lebih lagi ketika aku mohon jawatan jurutera.....dan aku masih ingat salah satu soalan penemuduga

"Antara matematik dan berkomunikasi, yang mana penting bagi anda??"

Nak tahu jawapan aku, sampai dua orang penemuduga seorang lelaki dan seorang wanita mempunyai dua reaksi berbeza terhadap aku?Yang penemuduga wanita itu secara terus terang kata kepada aku selepas aku memberi jawapan....Katanya,

"Saya tidak suka awak"

Tetapi penemuduga lelaki itu,bersalam dengan aku selepas sesi temuduga itu dan memberitahu aku

"Saya suka awak"

Sampai sekarang aku akan ingat soalan itu, sebab aku rasa jawapan itulah aku dapat pekerjaan sekarang ini heheh 

Dan paling last aku betul-betul menghadap subjek matematik adalah ketika aku belajar degree di UTM dulu….dah lama aku tinggalkan, dan semester lepas aku mengajar subjek matematik…dan pelajar-pelajar aku baru sahaja selesai mengambil exam paper matematik…. Kelakar aku tengok kertas jawapan mereka, keputusan sudah boleh aku jangka….. pelajar yang focus dalam kelas, semua boleh jawab dan yang jenis nak cepat balik….markah pun jenis yang cepat aku tanda lah……pangkah aje heheh…. Tetapi aku tidak mengharap tinggi sangat, sebab di awal semester aku sudah tanya latar belakang matematik mereka… jadi kalau lulus dan tidak perlu mengulang itu sudah baik…..bagi tempoh aku mengajar dalam 100 jam…

nasib baik hanya lukisan sahaja....tiada ayat-ayat merayu di kertas exam heheh

Tetapi semester depan, aku tidak mengajar lagi subjek Matematik ni….pensyarah lain yang mengajar… tetapi kalau ada sesiapa yang nak aku mengajar, boleh PM aku di facebook, harga boleh dirunding heheh

Dan esok aku akan membawa inovasi aku di dalam subjek matematik untuk bertanding di Segamat… Harap semuanya okay untuk aku bentangkannya di hadapan juri….

Nota kaki kanan: Lepas inovasi, audit amalan 5s dan kemudiannya pertandingan petanque… Kesibukan sebelum bulan puasa…


Nota kaki kiri: Tahun ni terasa nak buat kuih raya hasil air tangan sendiri la hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...