nak ikut.....

Tuesday, June 15, 2010

Aku Menunggu Jandamu…

Kepada kaum lelaki diluar sana, jika anda pernah terfikir atau terlintas difikiran untuk berkahwin dengan janda, silalah berhati-hati dengan bekas suami si janda itu….supaya perkara ini tidak berlaku lagi..

Alkisahnya berbunyi (terasa diri ini macam penglipurlara plak hahaha)…Di sebuah negeri yang bernama Kuala Terengganu….Akibat cemburu telah menguasai diri, seorang lelaki telah membawa kaum kerabatnya seramai 17 orang…pergi berjumpa bekas isterinya….bukan lah untuk meminang kali kedua tetapi untuk menyerang suami baru kepada bekas isterinya itu…. Haha kelakarnya, apa hak lelaki tu nak serang suami bekas isterinya??

Aku tak tahu lah apa motif lelaki itu menyerang, korang rasa apa sebab yang releven eh?? Yang terlintas difikiran aku ialah:-

a) Mungkin lelaki itu masih lagi mencintai bekas isterinya…

b) Atau mungkin juga, jeles sebab bekas isterinya terlebih dahulu berkahwin kembali dari dirinya dan hidup dengan gembiranya…

c) Bekas isterinya kahwin kembali tanpa memberitahu dan menjemputnya datang kenduri.. hahah

oww aku sedang skodeng janda sebelah rumah ini

Pesanan Khidmat Masyarakat: Jaga lah isteri anda elok-elok, kerana wanita bukanlah hakmilik..tapi anugerah!!=)

2 comments:

Anonymous said...

miahaha..dh bercerai baru nk beringat ker?;p

Unknown said...

biasa la...masa buat x pernah pk kesannya pun

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...