nak ikut.....

Saturday, September 24, 2011

Jangan sentuh objek pelik…

Hari ini aku baca surat khabar…..ada berita di mana Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui… Ini kerana ia berkemungkinan serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA)…Kan aku dah kata dalam entri yang lepas…jangan kata jangan….lagi dilarang, lagilah disentuh hehehe…

Laporan NASA yang dipetik collectSPACE..com menyatakan satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu. Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

Aku menjadi takut dan lebih berhati-hati apabila keluar rumah….takut terpijak atau tersentuh serpihan satelit itu jika ada, yang mungkin merbahaya kepada diri manusia….Aku jalan keluar rumah hanya tunduk memerhati tanah je…. Memerhati setiap langkah ku…. Lagak seperti ustaz amirul yang menjaga pandangannya =)…syukur jika diriku berkekalan seperti itu heheh

Dan pagi tadi, aku membantu makcik aku mengemas halaman rumah….makcik aku gigih menyapu daun-daun kering yang terdapat di halaman rumah…dan aku ternampak sesuatu benda yang pelik berada berhampiran rumah…. makcik aku terus menyapu dan menghampiri kepada benda itu….. aku menjadi takut dan menjerit

Aku: Makteh…jangan dekat dengan benda itu!!!

Makteh: Kenapa? Tak kan nak biar je kat sini??

Aku: Benda itu mungkin satelit…bahaya kalau terkena kulit!!!

Makteh: Satelit mendenya….ini tahi lembu yang dah keras la!!!

Aku:@#$%&@

Aku kena banyak belajar menjadi budak kampong….Ini tidak, setiap hujung minggu balik KL hahaha…atau aku perlu kurangkan baca surat khabar??? hehehe

2 comments:

yusuf mujahidin ™ said...

haha..tahi lembu pun bahaya kepada kulit

Lea Isnawi said...

tengok boleh, sentuh jangan
hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...