Aku ingatkan hari ini cuti….tetapi sangkaan aku meleset sama
sekali…
Jadi, aku perlu segera pulang ke Melaka…kerana aku ada
kursus keusahawanan seminggu di Afamosa Resort….. Harap lepas kursus ni, aku
dapat jadi usahawan yang berjaya la heheh
Dalam perjalanan balik, aku menjeling pada dashboard kereta…aku
perhatikan minyak ada dua bar lagi….rasanya sempat kalau isi kat lebuh raya
PLUS sahaja….. aku memandu seperti biasa dan aku berhenti di stesen minyak Shell
RnR Seremban….
Tiba-tiba……
Ketika aku keluar dari kereta untuk mengisi minyak, aku
perhatikan ada seorang lelaki berbadan besar tidak jauh dari aku, mengangkat
tangan ke arah aku….
Aku toleh ke belakang, mungkin dia angkat tangan pada orang dibelakang
aku…..tetapi tiada sesiapa pun.
Aku memandangnya semula…..Dia tetap mengangkat
tangan ke arah aku… aku hanya tersenyum sahaja…
Ketika aku sedang mengisi minyak ke dalam tangki kereta aku,
lelaki itu menghampiri aku….
“Bang, saya ada barang baik”, bisiknya pada aku…
“Barang baik apa?”, aku pandangnya dari atas sampai bawah….tiada
apa-apa yang “baik punye” padanya heheh
Aku perhatikan dia menyeluk tangan ke dalam kocek seluarnya…..Aku
berdebar…. Dia keluarkan sesuatu yang besar….ohhhh….rupanya Telefon bimbit
Jenama Samsung Galaxy Note 2…..
Dia cuba menjual telefon itu kepada aku
“Saya tolak handphone ni pada abang…ORi ni..”
“Tidak apa, saya sudah ada handphone macam ni”
“Abang beli berapa?? Saya tolak kat abang RM 1300 je”
RM 1300??? Murahnya…. Tapi aku risau ni handphone curi ke?
Takut tu handphone tipu ke? Aku kena pukau ke nanti? Macam-macam bermain dalam
fikiran aku….
Aku terus menolak permintaannya tetapi secara baik lah…
“Maaf lah saya tiada wang tunai” kata aku
“Habis tu abang ada berapa??”
“Saya ada RM 100 je”
“Ish kalau RM 100 saya rugilah”
Dia terus berlalu….aku kelam kabut naik kereta dan terus
gerak… Aku perhatikan terdapat 3-4 orang lagi yang turut menjual telefon bimbit dengan kaedah yang sama di situ…. Mungkin satu kumpulan yang sama…
Jadi kepada semua, berhati-hatilah ye…jangan sampai kena
tipu!!!!
p/s(i): Apa yang penting, aku sempat jelling pada jari
telunjuk orang itu….tiada kesan dakwat kekal pun… Tidak pergi mengundilah tu
heheh
p/s(ii): Bermulalah kursus seminggu aku…..
1 comment:
tiruan tu..aku dh kene nokia n9..250..
Post a Comment