nak ikut.....

Sunday, October 4, 2009

Jumpa sesuatu di tempat jogging..

Pagi ni, tetiba aku merasa sungguh bersemangat untuk pergi berjogging.. Niat di hati ingin pergi berjogging di Tasik Titiwangsa (bukan tasik permaisuri …owkay!!), tetapi merasakan yang aku mungkin hanya mampu buat 1 pusingan je nanti…agak tidak berbaloi dengan duit minyak aku pergi ke sana… maka aku putuskan berjogging di kawasan rumah aku je…agak besar juga tempat joggingnya dimana ia bersaiz 3 padang bola..(ingat aku mampu ke nak berjogging?.. sebenarnya hanya bersaiz 3 gelanggang bola tampar je..hehe)…aku pun buat la senaman ringan bagi memanaskan badan ni… lagi pun nampak macam atlet skit heheh…setelah merasakan badan aku sudah panas, aku pun mula berjogging…



TIBA-TIBA….



Aku terjumpa sesuatu di laluan jogging aku itu…. Korang rasa apa?? (saspen je kan…hehhe)....ia tidak sepatutnya berada atau tercicir di situ…ia adalah seluar dalam wanita berwarna pink…(size? Aku x sempat plak tengok…)….korang jangan tanya aku macam mana ia berada disitu… sendiri faham-faham la yerk…aku terus berjogging sambil tersenyum….heheh

p/s: aku berfikiran positif…mungkin angin meniup…jadi ia terbang dari ampaian berdekatan… p/s/s: Gambar seluar dalam itu tidak dapat diambil sebab ramai orng yang berjogging…nanti diorang kata apa plak kat aku..huh
p/s/s/s: taman rekreasi sudah menjadi tempat yg tidak selamat… awasi lah anak-anak anda… ~pesanan ikhlas

Saturday, October 3, 2009

PAPADOM

Tengah hari tadi, aku pergi ke majlis kahwin anak kepada kawan emak aku…agak meriah..dan ramai sangat orang..mungkin sebab majlis perkahwinan tu di buat di kuarters staff hospital kot…makanan dia sangat sedap…dan aku ternampak makanan yang sudah lama aku tidak makan….iaitu PAPADOM.. aku suka sangat…selepas ambil semua makanan…akan ada wakil pihak pengantin yang memberi beg cendera hati…tapi yang aku geramnya…bila turn aku je…bleh plak mak cik tu berborak…aku berdiri depan dia agak lama gak…tapi dia terus berborak…biasa lah peramah sangat kan HUH!!…last2 aku blah tanpa ambil beg tue..yela x kan nak mintak plak…segan dowh heheh..tp tak pelah, setakat telur rebus je… aku pun ada telur juga kat rumah…tapi bila aku duduk sebelah ayah aku, aku pun usha la apa yang ada dalam beg tu…sekali ada pasu seramik…lawa plak tu…ruginya tak ambil…nasib baik lah makanan dia sedap.. x rasa rugi sangat.. sedang enak aku menjamu selera, tetiba ayah aku berhenti makan…xpenah2 ayah aku x habis makan nasi keduri heheh…dia suruh aku hbskan nasi dia… sebab apa?? Aku X bleh bg tahu la hahah..aku menolak r…sebab ada orng lain juga yang duduk semeja dgn kitaorng..segan la...kalau tidak habis lah nasi tu heheh…Lepas makan, kitaorng chow la…tetiba aku terasa nak kahwin plak..


*********************************
Minggu depan, jika tiada aral melintang…kemungkinan besar aku akan pergi menonton filem PAPADOM. Aku suka sangat lakonan khiriah…best sangat…Nanti kalau aku jadi pergi tengok filem tu, aku akan ulas mengenai filem tu ya…TUNGGU!!

p/s: tahun ni aku rajin pergi ke kenduri kahwin…apa tandanya eh??...Cuma kursus kahwin je belum pergi lagi.

Celcom vs P1W1max vs Maxis

Minta maaf semua kerana dah lama tidak update blog ini..bukan aku sengaja..tetapi ada masalah dengan broadband ni…dulu masa zaman2 study kat UTM, aku guna celcom broadband…memang puas hati la… tetapi bila dah habis study ni, dok kat rumah dimana line celcom yang agak teruk…jadi terasa kesusahan untuk mengupdate blog…maka pada PC fair yang lepas, aku telah pergi membeli P1W1MAX plak…. Kononnya menurut promoter kat situ yg kawasan rumah aku ni memang tip top la line P1W1MAX tu… last2 yang ado….jadi alang2 dah terbeli…bagi lah kakak aku guna… maklum lah kakak aku dah tahun akhir belajar di UiTM shah alam…perlu line tenet ni nak buat final year project….jadi betapa baiknya adik mu ini..Hahhah.. sampai kawan aku berseloroh mengenai P1W1MAX ni.. “P1W1MAX ni hanya dapat kat lebuh raya aje sebab memang slalu iklannya didapati kat situ”.. Maka akhirnya aku memilih maxis plak, setakat ni aku berpuas hati dan berbaloi-baloi hehehhe.. jadi mulai sekarang..aku akan cuba mengupdate blog...supaya tidak bersawang lagi...

p/s: rumah aku dkat dgn zoo Negara tapi bukan dalam zoo k…agaknya sebab tu line x bagus kot hehhe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...