Kecoh!!!
Apabila ada ramalan menyatakan bahawa kiamat akan berlaku
Jumaat ini…
Dulu pun pernah kecoh sekali yang kiamat akan berlaku pada
tarikh-tarikh tertentu dalam tahun 2012…..tetapi tidak ada apa-apa yang
berlaku!!!
Aku bukan hendak mengulas mengenai ramalan tarikh kiamat….TETAPI
adakah kita sudah bersedia untuk menghadapinya??
Sepatutnya, kita terutamanya umat islam tidak boleh percaya
ramalan tetapi perlu untuk menggandakan amalan….dan tetap yakin bahawa hari
kiamat itu pasti berlaku.. hanya Allah swt sahaja yang mengetahui bila tibanya
hari itu seperti dijanjikanNya.
Selepas tarikh ramalan, adakah kita telah dapat mempersiapkan
diri menghadapi kiamat??
Aku takut apabila lepas sahaja hari jumaat ini, dan
orang yang terlalu taksub dengan ramalan, jika dia melihat tiada apa yang
berlaku pada sekeliling, dia akan kembali kepada kehidupan lamanya yang leka
daripada melaksanakn perintah Allah….mungkin dalam 2-3 hari ini, dia gigih
melaksanakan perintah Allah…
Bagaimana pula jika ada orang yang tidak rasa apa-apa pun,
tidak membuat sebarang persediaan walaupun dia tahu Kiamat atau kematian semakin
hampir??? Dialah manusia yang paling rugi di muka bumi ini….
Sebab itulah, Allah merahsiakan tarikh kiamat dan masa
kematian seseorang….DIA maha mengetahui…
yang manusia pasti akan membuat persediaan di saat-saat akhir….Dengan
berahsianya tarikh kiamat dan masa kematian seseorang, manusia itu akan
sentiasa mengamalkan apa yang diperintah, dan meninggalkan apa yang dilarang ke atas dirinya…