nak ikut.....

Friday, May 1, 2009

Petua menambah berat badan…

Anda terlalu kurus??

Terasa nak melayang jika ditiup angin??

Anda jangan risau…ikutilah petua menambah berat badan yang aku telah amalkan ni…di jamin berkesan…kerana aku telah cuba terlebih dahulu….dan korang boleh lihat hasilnya sekarang…jika tidak berkesan….wang anda akan dikembalikan…tapi petua ni x perlukan sebarang bayaran pun hahah.. ok la ni nak citer skit, dulu aku terlalu lah kurus bagi orang yang tinggi seperti aku ni… ramai yang jeles dengan kekurusan (ada ke perkataan ni??) aku.. tapi aku x suka la terlalu kurus…aku nak tengah2..means x terlalu kurus atau gemuk…aku x percaya langsung dengan ubat2 tambahan atau pun appeton weight gain tu…jadi aku amalkan petua aku sendiri…dan hasilnya aku telah tambah 10 kg dalam 2 semester aku belajar di UTM (kira setahun la)…ya ampun…bnyaknya lemak aku…Berikut adalah petua aku:-

1. Mestilah makan dengan banyaknya…paling kurang dalam sehari mesti makan 2 kali…masa nak ambil makanan tu, ambil pinggan paling besar jadi walaupun kita ambil nasi dalam kuantiti yang bnyak tetapi terasa seperti sikit juga.

2. Lepas makan, mesti terasa mengantuk…jadi lekas2 lah pergi basuh kaki dan tidur…setiap minit waktu tidur berharga untuk menambahkan berat badan anda…

3. Jika ada orang ajak anda berjogging…anda turut serta juga tetapi dengan naik motor…biarkan rakan anda berjogging keseorangan tetapi anda mengikutinya dengan motor…

4. Tetap naik motor juga..walaupun hendak pergi ke bilik member seberang jalan…aku selalu buat masa nak pergi bilik ehsan…hahah

5. Pastikan pengambilan makanan2 berlemak dan air karbonat tidak pernah miss dalam seminggu..

6. Pastikan lauk anda ada ayam setiap kali waktu makan…

Selamat mencuba…..

Sebelum....

Selepas...

P/s: aku percaya jika seseorang itu mencintai kita...dia akan menerima kita seadanya....hahah

p/s/s:selamat hari pekerja kepada semua pekerja dan bakal menjadi pekerja (seperti aku ni) huhuh

Thursday, April 30, 2009

Rumah Banglo untuk dia…

HAri ni aku ada paper aircond…soalan boleh tahan la…dari 4 soalan, aku jawab 2 soalan dengan confident dan tak tngok kiri kanan dah…tangan laju je tulis…masuk je soalan ketiga..aku dah blur…tu lah study last minit..aku pon toleh kearah ehsan, yang kebetulan duduk di sebelah aku…dia pun toleh kearah aku dengan muka yang penuh bergarisan di dahi…berkerut masam huhu…kami saling pandang memandang….main cak!cak!...skali aku tngok dia blur pun pada soalan yang sama dengan aku…ADOi!! Baru ingat nak tanya..hahaha…habis saje paper tu, aku terus call roy ajak makan….aku benda lain boleh ditinggalkan, tp bab makan…ish x bleh r…kami pun terus g makan kat warong belakang petronas… pastu aku tngok ada duit lebih…aku pun g beli satu banglo untuk dia…bukan untuk roy…tapi untuk buah hati aku… hamster2 aku la….bagi rumah besar sikit la…kesian 8 ekor duduk dalam rumah kecik je…dah lah ari tu lahir 3 baby…kesemua mati kena makan…biasa lah duduk ramai2…ari ni lahir lagi 1 baby….harap2 dapat hidup sihat membesar sehingga dapat membuka mata dan melihat mukaku ini hahahha…aku tngah berlatih kalau aku ada anak nanti huhu…ala anak abah....

Tuesday, April 28, 2009

Ish dia dah datang akhirnya

Akhirnya yang ditunggu2 dah datang…esok startnya aku paper exam subjek mekanikal…adoi!! X faham2 lagi ni..cam ne nak jawab esok…bertawakal je lah…jadi aku akan slow berblogging sampai ari sabtu… Berikut adalah jadual exam aku….structural analysis (29/4), refrigeration and air-conditioning (30/4) dan safety (2/5)….peringatan….korang semua jangan buat bising sampai ganggu aku study tau…INGAT!!kalau korang nak komen, senyap2 je tau ..jangan sampai aku sedar korang komen…kalau tidak…aku akan balas komen korang la hahha ya ampun!! Aku dah ketagih berblog…mcm mana ni???

p/s: Pak Ngah aku telah meninggal dunia pukul 11 pagi tadi…sedih!! Aku x dapat balik..sebab esok n lusa aku ada paper final…semoga rohnya dicucuri rahmat…AL-Fatihah

P/s/s: Pukul 11 pagi tadi gak hamster aku lahirkan 3 ekor baby….tapi 2 dah mati…sebab kena makan dengan hamster2 lain….sedih gak…MOOD SEDIH… :(

Monday, April 27, 2009

Jika aku ada lampu ajaib…

Jika lah aku terjumpa satu lampu ajaib kat tepi tong sampah depan bilik aku ni kan bagus…akan aku gosok puas2 sampai keluar jin yang comel…pasti akan dia tanya, apa permintaan aku..aku hanya akan minta satu walaupun dia bagi 3 peluang permintaan…aku hanya nak motor aku x buat hal je…geramnya aku!! Dah lah nak habis study, nak guna banyak duit nak jilid thesis…tetiba dia buat hal plak….rosak masa minggu exam..nasib baik lambat lagi paper final aku…TENSEN!!..Kena overhauled semua…kira2 hampir rm 700 gak kena…SABAR kj! SAbar kj!..motor tu nak bermanja je tu….ish GErAm!!

p/s: moral of the story….sentiasa lah minta atau berdoa kepada ALLAH..bukan minta pada jin..

Sunday, April 26, 2009

Kuiz – kamu kenal aku tak??sejauh mana??

Ini adalah kuiz suka2 hendak tengok sejauh mana korang ni memang sahabat aku, mengetahui dan mengenali aku…x ada syarat khusus…x kisah lelaki atau perempuan…klu lelaki dapat jawab semua betul bukan bermakna dia gay…klu perempuan dapat jawab semua betul bukan gak bermakna dia awek aku…jadi tiada halangan untuk cuba menjawab kuiz ini k…klu markah rendah aku x kecil hati pun kat korang….Cuma terasa skit je la hahah GURAU!!

Cuba jawab soalan2 ini…

1. Berapa ukuran kasut aku?..sape2 yg slalu main boling dgn aku mesti tahu

2. Aku suka warna apa?..soklan ni la paling senang

3. Berapa ketinggian aku? Aku x Tanya berat k…sensitive..

4. Apakah makanan yang aku paling suka??

5. Minuman kegemaran pula??

6. Kalau sedang tension apa yang selalu aku lakukan?

7. Berapa lama yang diperlukan untuk aku mandi dan bersiap??

8. Jenis baju apa yang aku sering pakai??

9. Tempat aku selalu melepak??

10. Dan yang terakhir…adakah aku suka kanak2?

Jawab jangan x jawab k…x ada klue n talian hayat…jawapan juri adalah muktamad…sebarang sms dan surat layang x akan dilayan…

Tag dari Pian...bg lah award skali lain kali...

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU :
~Kj
~Abang
~Khairul
~Nuar

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE :
~ofcoz 31 Okt 1986 - aku baru lahir
~of coz 31 okt 2009 - besday aku tahun ni
~of coz 10 may 2009 - aku tnggalkan utm
~semua lah besday orng yg aku knal...kang x tulis ada yg majuk plak huhu



FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES :
~ber YM
~Bermesej
~layan hamster aku (cabut roda impiannya...bising malam2 ni hehheh)
~update blog

FOUR WAYS TO BE HAPPY :
~Makan...Tapi aku nak kurus rr
~tekan2 perut hamster smpai diorang gelak (sedap oww)
~telefon someone
~Mesej Owg Lain

FOUR PEOPLE YOU MISS FROM YOUR PAST :
~My family
~mY FREN....(skauk,smktsw,kmph,utm...semua r...)
~Siti nurhaliza huhuu
~
semua orang yg pernah kenal r..

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE :
~duit
~makanan
~kereta
~kamera
p/s: aku terima je apa2 orng nak bagi..asalkan ikhlas...tp tetap senarai 4 tu heheh


FOUR OF YOUR FAVOURITE HOBBIES :
~makan
~mesej
~tidor
~berblog

FOUR PLACES OR COUNTRY YOU WANT TO GO FOR VACATION :
~negeri yang aku x pernah pergi lagi d Msia nie..
~rumah aku
~langkawi
~ntah x terfikir lg

FOUR FAVOURITE DRINKS :
~air mangga
~air limau.)
~milo
~air suam (boy slalu mintak air suam dua bang hahha)

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG/HANDBAG :
~kamera
~buku
~kad matrix (kalau x kena saman dgn pak guard)
~pensel box

FOUR FAVOURITE COLORS :
~Merah
~hitam
~biru
~hijau

TOP FOUR HANGOUTS :
~shopping complex
~bilik sendiri
~karaoke box
~tandas daaa

TOP FOUR U LOVE SO MUCH :
~my family
~frenz
~my adik
~diri sendiri

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU :
~my camera...x tahu dah ada brapa bnyak
~my hp...jgn sape2 berani usik...private
~my laptop
~my hamsters...suka main dgn diorang..

TOP FOUR WHO YOU WILL TAG :
~linda
~miza
~Nadhir
~Ehsan


TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY :
~dah kene tag
~kebosanan...
~x tahu nak buat apa lg...
~cm best je tag ni...tag lah lagi hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...