nak ikut.....

Wednesday, August 24, 2011

Aku cuba berhenti mesej ketika memandu…

Aku kalau memandu kereta atau menunggang motosikal….terutamanya bila berseorangan….mesti aku hendak main mesej…..dan lebih-lebih lagi kalau aku pembonceng motosikal…lagi la galak aku bermesej… hehe… Mungkin sudah menjadi kebiasaan dari dulu lagi, mula-mula untuk hilangkan rasa mengantuk ketika memandu…akhirnya menjadi rutin setiap kali naik kenderaan..…tangan menjadi laju bermesej tanpa melihat skrin telefon…

Tapi setelah seorang wanita, Ani Voskanian dikenakan denda larangan seumur hidup daripada membawa telefon bimbit di dalam keretanya…kerana telah melanggar mati Misak Ranjbar ketika dia menaip mesej SMS semasa memandu, aku perlu mengambil serius perkara ini…kena berusaha mengurangkan tabiat menaip SMS aku ketika memandu…takut juga kena larangan pelik macam tu..tak ada telefon bimbit…umpama makanan tanpa garam..hehe

p/s: Mungkin wanita ini boleh memikirkan idea untuk membuat beg tempat letak telefon di luar kereta...barangkali di cermin sisi keretanya hehehe

3 comments:

Lea IsNaw! said...

gila ah main henset sambil bawak motor
kalo keta ok lagi kot

yusuf mujahidin ™ said...

tabiat ni bahaya wo..
elokla benti tepi jalan pastu sms.
nyawa lg pentg..

hehe

aisyah hidayati said...

bahaya ni..berentilah hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...