Hari ini aku bangun awal sikit…teman makcik aku masak untuk bersahur…Aku hanya teman je bukan menolong heehhe…yelah susah nak masak hidangan makcik aku tu…sangat istimewa heheh….Setelah siap hidangan untuk bersahur; sayur, telur dadar dan telur rebus…. Kami pun makan bersama dalam pukul 5 pagi…Aku pelik hari ini, makcik aku masak 2 jenis telur…telur dadar dan telur rebus sekali…selalunya satu jenis je….Kira hari ini aku makan 2 biji telur…sampai pakcik aku tegur;
“Nasib baik esok sudah nak raya, kalau tidak hari-hari lauk yang sama”
Haha…aku memang ada niat nak tegur dulu, tapi aku hanya menumpang je disini…makan je lah apa yang ada hahaha..Syukur masih boleh makan… dan ketika tengah makan, tetiba makcik aku kata:
“Kenapa kau tak pulang ke rumah kau???”
Aku tersentak!!!Terkejut dan sedih dengar pertanyaan makcik aku itu…Aku terdiam!! Tidak tahu untuk berkata apa-apa….Aku tahulah, aku hanya menumpang disini untuk mencari rezeki sesuap nasi yang halal…Aku yakin, kalau keadaan aku pada waktu ini dalam drama melayu, pasti akan ada lagu latar yang sedih berkumandang…meruntun jiwa penonton…tapi itu hanya dalam drama….semuanya boleh.
Aku berhenti makan….berlalu pergi ke sinki untuk membasuh tangan..kerana aku sudah selesai makan… Ketika aku membasuh tangan, aku terdengar makcik aku mengulangi kembali pertanyaannya tadi;
“Kenapa kau tak pulang ke rumah kau wahai lalat?? Pagi, petang, malam kau ada….kau tak tahu nak tidur ke???”
ERK!!! Makcik aku bercakap dengan lalat rupanya….Tak jadi aku nak sedih-sedih hahaha
No comments:
Post a Comment