nak ikut.....

Monday, August 22, 2011

Aku belum pergi jalan TAR lagi…

Huarggghhh…

Tahun ni, aku tidak berkesempatan lagi untuk pergi jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR)….kalau tahun-tahun lepas, aku mesti mengunjunginya sebelum hari raya…bagi membuat persiapan terakhir sebelum menyambut Aidilfitri…biasanya barang-barang seperti kain, baju melayu dan kuih raya akan menjadi murah beberapa hari sebelum raya…dan aku pernah tertipu ketika membeli kuih raya…harga memang murah…tapi kuih raya tu rasa tepung je la….nasib baik hari raya, hari gembira….jadi sabar jelah hehhe….

Tapi bagi raya tahun ini…aku awal-awal lagi sudah berada di kampong…maklum lah sudah bekerja di sini…jadi aku pula yang kena tunggu keluarga aku balik kampong untuk berhari raya heheh….

p/s: Aku hampir-hampir terbeli baju melayu warna merah semalam ketika menemani makcik aku membeli-belah untuk raya…Buat apa membazir, baju melayu tahun lepas pun masih elok lagi…lagi pun aku ni jarang pakai baju melayu…. Itu pun sebab terpaksa dan hari raya saja heheh

3 comments:

Lea IsNaw! said...

suka tgk lelaki pakai baju melayu kaler merah!

oh! nasib baik ko xjd beli :P

Hans said...

baju raya aku dah 2 tahun aku pakai
warna merah juga
:-)

kj said...

hahhaa hans cuba ayat lea eh hehehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...