nak ikut.....

Saturday, July 11, 2015

Saling Menghormati

Hari ini aku berbuka di luar…..di kedai makan Teratak…. Aku duduk di sebuah meja yang berhampiran dengan bahagian masakan barat….

Ketika aku sedang berbuka, aku melihat seorang lelaki india yang agak berusia datang menghampiri tukang masak perempuan di bahagian masakan barat itu… Bukan aku sengaja untuk mendengar perbualan mereka….tetapi suara mereka agak kuat sehingga aku dapat mendengar butiran perbualan mereka.

“Adik, saya nak bungkus fries ye”, pesan pakcik india itu

“Okay pakcik, tunggu sekejap ye”, balas tukang masak perempuan itu

“Adik sudah berbuka puasa ke? Berbuka la dulu sikit”, Tanya pakcik itu kerana melihat gadis itu sibuk menyiapkan makanan

“Sudah lama, saya tidak berpuasa hari ini”, balas gadis itu

“Eh kenapa adik tidak berpuasa”, pakcik itu keliru

Dan aku dengarlah gadis itu cuba menerangkan kepadanya yang gadis mempunyai alasan dan sebab dikecualikan berpuasa…

Aku tersenyum. Kan seronok hidup apabila kita saling mengenali, memahami dan menghormati budaya bangsa lain..

Nota kaki kanan: Cepatnya nak raya….masih belum tiba mood nak raya lagi….pasti aku akan merindui Ramadan

Nota kaki kiri: Esok majlis Ihya Ramadan peringkat kolej…dan aku jadi pengarah program….harap semuanya berjalan lancar… kita hanya mampu merancang, tetapi perancangan Allah paling terbaik!!!



Nota tangan kanan: Add aku di Facebook KJ KUN heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...