nak ikut.....

Friday, October 31, 2008

Aku semakin tua......thanx semua

Dengan berbunyinya dentingan jam 12 pagi (ting tong), bermakna dengan rasminya aku telah bertukar menjadi cinderela....eh bukanlah..tapi aku telah melangkah ke usia baru...lebih matang..berapa umur aku yerk??19 tahun??20tahun??21?? x kisah lah berapa umur aku kerana ia just a number huhuhu. Ramai juga lah kawan aku yang telah wish besday aku sama ada melalui frenster, mesej, blog, call dan sebagainya...terima kasih banyak2 k...Rasa terharu pada korang semua...ada pelbagai gaya kreatif yg korang cuba sampaikan...ada yang nyanyikan dan tujukan lagu untuk aku, ada yang buat entri khas di blog untuk aku (thanx eni), menghantar mesej2 menarik pada aku, bagi hadiah....thanx semua..aku terasa nak nyanyi lagu besday untuk diri sendiri r...

happy birthday to me...

happy birthday to me...
happy birthday to kj

happy birthday to me...

gambar nie eni buat khas untuk aku...trimas yer

last...
aku harap sangat segala dugaan yang mendatang dapat aku lalui dengan ketenangan....psm, projek finite, projek design, usahawan dan yg sewaktunya dapat aku selesaikan dalam waktu yang ditetapkan
Moga tercapai segala impian ko ek!!!!
Amin!!!

Wednesday, October 29, 2008

Patut r Aku suka warna Merah.........

Merah bangkit ghairah lelaki?? ini bukan aku kata tau...tapi ini berdasarkan satu kajian...jadi kesahihannya boleh di percayai huhuu...Kajian penyelidik Amerika mendapati lelaki lebih tergoda kepada wanita berpakaian merah. Kajian Profesor Psikologi Universiti Rochester di New York, Andrew Elliot, mendapati lelaki lebih tertarik kepada gambar wanita berpakaian merah atau gambar dalam bingkai merah.

X sia2 aku suka warna merah...merah sebagai warna percintaan....aku memang suka warna merah dari dulu lagi.....pakaian aku kebanyakan warna merah atau hitam...ala2 yakuza plak huhu....aku sokong sangat kajian tu...huhuhu aku siap ada dua kasut warna merah lagi...tapi macam pelik r klu pakai g kuliah hahahha

antara koleksi baju merah aku


p/s: MERAH tau...bukan PINK k

Monday, October 27, 2008

X ada kad raya.....raya hilang seri....

Sambutan Aidilfitri aku kali ini rasa kurang berseri la..Syawal hanya tinggal lagi 2 hari sebelum melabuhkan tirainya...banyak ucapan daripada insan tersayang atau kenalan yang aku terima melalui sms... Faktor mudah, ringkas dan murah menjadikan sms ini menjadi pilihan, selain aliran terkini dengan gaya moden...apa2 pun aku mengucapkan terima kasih kepada yang telah menghantar ucapan raya kepada aku....tapi aku kurang rasa rayanya...kerana ucapan2 tersebut di forward antara satu sama lain...lagipun x dapat simpan la sms tu lama2...pling lama tahan pun mungkin 2 bulan je...biasa lah handset murah x bleh simpan banyak2 msj huhuu...kini, kad ucapan raya seolah-olah sudah tidak menjadi pilihan...tahun ini aku hanya menerima 3 kad raya...berbanding tahun lepas..huhuhuu


Mungkin ada yang kata aku ni kolot kerana masih beranggapan setiap keping kad yang diterima memiliki lebih nilai sentimental yang tidak aku rasai apabila membaca SMS..Bukannya aku x menghargai ucapan sms raya..tapi masalahnya x dapat disimpan huhuu

Orang ada kata, kad raya menandakan ketulusan hati kita terhadap seseorang.Betul ke??Tapi raya kali ni, aku tidak sempat menghantar kad raya pada member-member aku r..sorry geng!! busy dengan urusan study la...tapi aku janji x kan buat lagi.....aku akan hantar kat korang eh...tahun ni aku just hantar sms...slalunya aku bagi dua2 sekali huhu

Aku lihat hiasan kad raya semakin penuh variasi termasuk satu yang aku terima dimana kad raya tersebut mengandungi gambar sekeluarga member aku...Rasa nak buat macam tu gak r bila dah berkeluarga nanti huhuhu..kad raya lebih bersifat peribadi dan boleh dipamerkan malah disimpan untuk tempoh yang lama...KAd raya tahun ni yang amat menyentuh hati aku adalah daripada sepupu aku...dalam kad tu, dia tulis "kan bagus kalau angah (panggilan aku di kg) balik kampung selalu..Bestlah main dengan angah"...siap ada lukisan gambar aku lagi...tersentuh r sebab aku ni dah lah jarang balik kg....setahun sekali kot..itupun bila raya....thanx juga kepada kawan aku yg selalu trouble tu....thanx 4 perjalanan balik ari tu....kerana kau, aku dapat jumpa kawan baik aku...thanx a lot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...