nak ikut.....
Saturday, April 25, 2009
Tag dari Eida-fatiha
Peraturan nak jawab tag ni ialah;
1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda..
~okey dah selesai copy ya!!
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda..
Award ne aku dpt dari eidafatiha..knl dia ne dr blog ne gak..dia ne sorang mama yang rock n sporting..suka baca blog dia..mengisahkan tentang anak dia..fatiha..terima kasih yea..ne link dia (siap promote tau)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..
1.suka warna merah dan hitam
klu beli baju, kasut atau apa2 mesti banyak kaler merah and kaler hitam..senang la owg buat plhan nak bg hadiah besday huhu
2.suka makan chocolate
ne plak kegemaran aku...suka makan coklat...diulangi coklat..bukan gula-gula...hahah
3.suka bercakap
susah la nak berhenti bercakap....jadi aku malas nak mula dulu...kang dah mula x ada fullstop plak...payah
4.kuat tido
hobi yang aku pling suka..zzzzzzzzzzz
5.suka kanak2
aku ni suka pada kanak2..ntah la seronok layan kerenah diorang...rasa terhibur..
6.suka main badminton
aku ni suka sgt main bdmnton....setakat ni x pernah menang lg hahahha
7.suka minum air jus mangga..
ntah la x tahu bila aku mula minat minum jus mangga...klu g giant mesti terasa nak beli je...nasib baik aku slalu bawa duit skit je...dapat berjimat hahha
8. suka kan cabaran.
cabaran kan sesuatu yang menarik!!hehe
9.sukakan kamera
aku suka sangat kamera...orng lain suka teknologi hp...tp aku suka sgt tgok kamera...dan aku suka sgt bergambar huhuh
10. aku suka duit
aku nak duit...huhuu...tgah kering ni..
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda..
Dengan ini aku mengumumkan penerima award seterusnya bersama2 tag ini ialah:
a) Roy da Psiko
b) Pian My Junior
c) Kakak Eni
d) Miza
e) Kakak yana yazed
f) Azam (dah lama x dengar kisah mamat ni)
hoyeeeeee!! dah siap pon..
Kerana Kelab Penyayang UTM
setelah aku berdaftar secara rasmi sebagai ahli, aku hanya diajar join program makan2 aje…dinner sana dinner sini…dah la aku masuk tanpa ada kawan2 lain…hanya aku seorang saja…aku masih ingat lagi ketika aku pergi dinner kat dewan jamuan…tema yang dimsj kpada aku adalah kemas dan sopan…aku pun pergi dengan hanya memakai baju kemeja hitam, berseluar jeans dan bersandle…bila aku masuk ke dewan jamuan tu, mata semua tertumpu dkat aku…aku seolah2 salah tema…rasa nak balik pun ada…tema sebenarnya adalah elegan dan sopan…pakaian aku mlm tu kalah dgn pakaian waiter…aku duduk je di kerusi belakang…sebab aku x ada teman..tetiba datang seorang gurl ni dkat aku…dia ajak aku duduk semeja dgnnya…borak2…aku memang x kenal dia…tp dia sgt peramah…mlm tu berlalu dengan aku berteman.. klau x de gurl tu aku x tau mcm mana mlm tu…
bermula dari situ, aku mula aktif dengan kelab penyayang..macam2 program telah aku sertai…dari berkayak, induction camp, jualan pesta konvo, khidmat bakti perkampungan orang asli, GEGAR U,kursus fasilitator dan banyak lagi…Namun bgtu aku tidak lagi berjumpa dengan gurl itu lagi…mungkin dia telah grad kot sangkaan aku…dari kelab ini, aku telah mendapat ramai kawan dari fakulti dan kolej lain…mungkin x pernah terlintas dalam fikiran yang kita akan menjadi kawan…semua itu ketentuanNya…dan kini perpisahan yang akan terjadi tak lama lagi juga adalah ketentuanNya…Buat kali terakhir, aku terlibat dengan program Kelab Penyayang…aku menjadi pemantau bagi Malam 1000 bintang…iaitu satu malam yang menghargai budak2 final year seperti aku.. aku bersemangat dengan program ini, sebab ia adalah 1 malam yg menghimpunkan ahli2 kelab penyayang yang aku pernah bekerjasama…dari yang junior sehinggalah senior…dan aku x sangka, yang aku akan berjumpa kembali dgn gurl itu…dia masih mcm dulu…tetap peramah…rupanya dia pun akan grad sama dgn aku..
entah lah aku rasa sayang nak tngalkan UTm dan Kelab Penyayang ni..aku dapat beberapa msj dari ahli kelab yg mengatakan diorang sedih nak berpisah… aku tahu mereka ikhlas menyayangi dan bersahabat dengan aku…menerima aku seadanya…dan aku pun menyayangi persahabatan yang di berikan itu..aku berharap perhubungan yang terjalin ini akan kekal selama2nya…
Friday, April 24, 2009
Kisah Minyak
Minyak!Minyak!Minyak! Sepanjang minggu ini, hidup aku asyik berkaitan dengan minyak je.Nasib baik aku x jadi orang minyak. Pertamanya, adalah berkaitan dgn projek final aku sebelum grad ni..tajuknya ialah fast pyrolysis of scrap tires...mesti x faham kan..senang citer aku perlu tukarkan tayar2 terbuang tu menjadi minyak yang berguna…walaupun aku dah present projek tu minggu lepas, tetapi supervisor aku suruh gak aku buat lagi 1 experiment isnin lepas…nasib baik menghasilkan minyak banyak…kalau tak, ada yang naik minyak nanti…yela aku ada final paper rabu lepas…x study apa2 lagi…tapi dia suruh buat experiment plak…aku terpaksa ikut r…kang dia bagi gagal plak, terpaksa extend 1 semester….Naya!!
Kisah keduanya plak, enjin motor aku mati kelmarin ketika tgah bawa laju2…nasib baik x ada apa2 berlaku…pas enjin tu mati, aku berhenti la kat tepi jalan…ingat x ada apa2..just biar motor tu cool sekejap…mungkin semput berlari laju kot…pas rehat kejap, motor tu dapat start balik..tapi boy yg membonceng jadi takut…x nak naik..aku paksa…motor dapat bergerak sprit biasa…itu kisah kelmarin.. tapi semalam, perkara yang sama terjadi..berdekatan dgn tmpat pertama ia terjadi..ketika itu aku nak pergi minggu saham amanah malaysia (MSAM) kat plaza angsana…tapi situasinya yg lebih bahaya…enjin mati ketika aku tngah pecut bas…aku tetap cool, tapi boy dah mengepit kaki kuat2…alasan dia, perlakuan mengepit tu merupakan tindakan refleksi akibat kemalangan motor dahulu…ALASAN SANGAT!! Seperti biasa, aku berhenti di tepi jalan…bagi motor aku take a break…aku pun call ayah aku, tanya pasal kejadian tu dan alang2 aku dah lama x call rumah hehehe..Aku dah tahu puncanya…aku pun terus g worksyop…”Bang, tukar minyak hitam”…orang bengkel tu pun terkejut, kering habis minyak hitam motor aku masa dia menukarnya…mana la aku tahu, x sampai sebulan aku tukar hehhehe
Kisah ketiga plak, aku ngan boy teruskan perjalanan ke MSAM, sampai di sana ada pelbagai pameran… kitaorang lepak hampir sejam gak disitu…ketika nak balik, kitaorang diminta jawab kuiz kat booth Sime Darby..kononnya senang r…aku copy je jawapan boy…malas nak cari n fikir la hahah..pas hantar borang tu, aku dapat hadiah…MINYAK MASAK SAYURAN….apa kejadahnya??aku nak buat apa dengan minyak masak ni??Nak buat hamster goreng?? Minyak masak tu masih tersimpan rapi di dalam almari aku… Sape2 nak beli, aku boleh jual…haha
p/s: aku masih gigih ‘menjual minyak’.