Sape tahu esok ari apa?? Ye betul..esok budak2 sekolah sudah start bercuti…dan esok juga genaplah 36 tahun, Seniman Agung kita, Tan Sri P Ramlee meninggalkan dunia yang fana ini. Secara jujurnya, aku bukanlah peminat setia P Ramlee..tetapi aku x bleh menafikan jasa, sumbangan dan khazanah seni yang ditinggalkan oleh beliau. Aku x minat P Ramlee..bukan disebabkan oleh diri beliau…ye lah, aku pun x pernah berjumpa dengan beliau…aku x minat beliau sebab aku sudah muak dan bosan menonton filem P Ramlee kerana kerap sangat disiarkan menerusi kaca TV…TV1, ASTRO, dan TV9 semua nak siarkan cerita yang dilakonkan oleh beliau…masalahnya asyik2 cerita yang sama…sedangkan berlambak lagi cerita lakonan P Ramlee yang lain yang jarang disiarkan…Pernah Seminggu tu, cerita tu dah di siarkan kat TV1, dlam dua hari pastu disiarkan pula kat ASTRO..adik aku menangis2 nak tngok gak kat ASTRO walaupun dah tngok kat TV1…sejak tu aku bertambah x suka pada citer P Ramlee…
Walaupun begitu, aku tidak dapat menafikan jalan cerita,dialog dan ragam dalam filem P Ramlee mudah melekat dalam fikiran aku berbanding cerita zaman sekarang dan P Ramlee telah meninggalkan satu pengaruh seninya yang tidak akan padam dan terus diperkatakan.
Tapi sayang, setelah ketiadaan beliau baru kita menghargainya. Gelaran Tun dan Tan Sri diberikan setelah kematian beliau…Untuk apa??aku pun x tahu nak ckp mcm mana…Tapi ok lah dari x menghargai langsung kan??
p/s: Minggu ni mesti penuh cerita P Ramlee kat TV kan??…Nak keluar g tengok wayang la… Citer apa best skarang ni??
Mama,Saya mau kawen!!! Kahwin lah kan anak teruna mu ni…tetapi bleh plak mak aku letak beberapa syarat sebelum aku kahwin…Pertama: dah ada pasangannya (alamak, yang ni aku msih mencari lagi uhuuh)…Kedua: Dah ada rumah, kereta, duit dan kerjaya sendiri (yang ni pun aku x de lagi sebab baru fresh graduate huhuu)…tapi aku dalam mood kahwin ni…sebab baru lepas pergi undangan kenduri kahwin kawan aku…jelesnya tengok…sweet sangat..bagai pinang di belah dua….aku takut kang dah tunggu lama2…hilang plak mood kahwin tu hahah…lagipun aku bukan muda lagi….heh
Tanggal 24 Mei 2009, telah berlangsungnya majlis kenduri kahwin kawan aku tu, Nurul Ashikin binti Shamsudin dan pasangannya, Khairul Ariffin bin Mohamadiah….awalnya ikien kahwin… dia pun sama dengan aku…baru habis blajar…itulah yang dikatakan jodoh…kat majlis tu, kami semua budak2 kelab penyayang duduk satu meja bulat…kira macam reunion plak huhu…borak2 sambil meraikan pengantin.. bleh plak si Kunang dan Nisa tanya kat aku soalan CEPUCEMAS.. Bila plak aku nak kahwin?? Berpeluh gak aku nak jawab…itulah tujuan aku datang majlis nie.. nak ambil berkat dari ikien n Ipin la hahahaa...Apa2 pun tahniah dan selamat penganin baru untuk Ikien n Ipin!!!
Kad undangan dari ikien yg aku dapat dari frenster & facebook
Ini lah (dari kiri) Si Kunang, adik khalid & khalid
Ini lah yang sempat aku makan...sikit je...dalam mood diet masa ni
Nisa dgn sape tu yerk??heheh...jgn lupa ajak aku nanti...
gurl yg masih 'single' but not available
Pelamin bertemakan warna ungu
sesuai sangat...aku nak kahwin gak!!!
(ada banyak gambar lg..tp x dapat diuploadkan...takut blog ni berat...tapi gmbar cameraman mesti sikit kan huhu)
p/s: Mak aku kata…Pasangan ideal kita mesti ada rupa iras2 macm kita gak…aku selalu ambil selendang mak aku n tutup rambut aku macam pakai tudung dan mengadap cermin…saja nak bayangkan rupa pasangan aku…seram gak bila aku tengok….x bleh tidur malam hahahah
Ketika aku keluar berjalan-jalan bagi menghilangkan rasa kebosanan ini…aku terlihat “sesuatu” yang amat besar…tidak pernah aku lihat atau terbayang yang “ia” akan membesar sebegini…aku tergamam seketika….lidah aku kelu..aku hanya memerhatikannya dari setiap bahagiannya….mata aku tidak berkelip…pandangan aku tidak lari pun daripadanya walaupun seketika…mantap..besar…perfect…itu lah perkataan yang terpacul daripada mulut aku untuk menggambarkan keadaannya…kan best kalau aku dapat “dia”…
Inilah “dia” yang aku maksudkan….
Sedikit info yang aku nak kongsi bersama korang mengenai “dia”…aku perolehi maklumat ni kat depan akuarium “dia” huhuh…(klik gambar untuk besarkannya)…korang boleh gak cari maklumat mengenainya di internet k
sedikit info
p/s: Ada sape2 fikir blue ke?? aku ni masih suci lagi bersih k p/s/s: ikan ni boleh memanjang hingga 3 meter...tengah terbayang jika cik as & roy berenang
riang bersama ikan ni...macam mana eh rupanya huhu jangan marah..