nak ikut.....

Monday, August 24, 2009

AKAD NIKAH DALAM BULAN RAMADHAN??

Eh biar betul?? Itulah ungkapan pertama yang terpancul dari mulut aku ketika ayah aku mengajar aku menemaninya pergi ke majlis akad nikah anak kawannya… Ayah aku dah ajak sekali emak, kakak dan adik-adik aku pergi ke majlis tu, tapi maklum lah bulan puasa…aku seorang je yang cergas hahahah Majlis akad nikah itu telah berlangsung pada ahad lepas jam 3 petang di Masjid AU3… Aku dengan ayah aku telah bersemangat bersiap2 selepas zohor…aku menunggu ayah aku di luar rumah sambil memakai songkok….tanpa aku sedari, jiran dekat rumah aku ternampak aku yang memakai songkok…bagi nya itu sesuatu yang pelik….(aku tahu lah yang aku ni jarang pakai songkok)…maka mula lah sesi soal siasat… aku pun menerangkan apa tujuan aku berpakaian begitu…korang rasa apa perkataan pertama yang terpancul dari mulutnya?? Jawapannya ialah…”ish x pernah di buat orang, akad nikah dalam bulan puasa”… maka aku pun mengambil kamera dan bergegas ke masjid…bg menyiasat apa sebenarnya perkara yang terselindung di sebalik majlis akad nikah ini….Jadi mari sama2 kita terjah!!

ini lah suspek yang kita akan terjah...berada agak jauh...

berjaya mendekati suspek..tetapi muka tidak jelas

Demi tidak menghampakan anda...akhirnya dapat juga tangkap

ketika ini majlis menyarung cincin dan memakaikan gelang

Selepas majlis menyarung cincin, pengantin lelaki akan menyium dahi pengantin perempuan namun begitu skuad terjah memohon maaf kerana tidak dapat mengambil gambar ketika itu disebabkan kehabisan bateri...kami juga sempat menyoal siasat...saudara terdekatnya (nama terpaksa dirahsiakan)...menurut saudara ini, majlis akad nikah ini terpaksa dilakukan pada 2 ramadhan disebabkan pengantin perempuan yang sedang mengajar di Sarawak memerlukan sijil nikah jika hendak berpindah ke semenanjung..maka disegerakan lah majlis ini...

kj melaporkan utk berita jam 11...kita kembali ke angkasapuri...heheh

cenderahati (makanan berbuka) yang diberikan oleh pihak pengantin...warna pink lagi..

Sunday, August 23, 2009

Jika aku tertidur….

Comel sungguh…itulah ungkapan yang aku dapat ucapkan..ketika melihat seorang budak lelaki yang aku rasa berumur dalam lingkungan 4 tahun…Ketika imam membaca doa selepas selesai solat isya’ malam tadi,aku melihatnya sedang bermain sejadah…menggulung-gulung sejadah yang berada di depannya.. aku memerhatikan gelagatnya..dan dia sedar yang aku memerhatikannya… cepat2 dia membuka balik gulungan sejadah itu…aku hanya senyum dan memandang ke tempat lain pula…bila aku sudah tidak perhatikannya lagi…dia mula menggulungkan sejadah itu kembali…dan ia berlaku berulang2 kali dimana jika aku pandangnya, ia akan membuka gulungan itu dan jika tidak, dia akan menggulung kembali… hahah….Tetiba aku rasa pelik, budak itu senyap je…ketika aku cuba memerhatikannya melalui ekor mata aku…rupa-rupanya dia tertidur sambil membaca doa…comel sangat…selesai membaca doa..aku lihat ayahnya yang dari tadi duduk disebelahnya…mendukungnya dan membawa balik ke rumah…kiranya malam tu ayah dan budak itu tidak menunaikan solat terawih di surau…Rasa2nya, kalau aku buat2 tertidur malam tadi….adakah ayah aku akan ajak aku balik rumah juga??haha aku mula memasang niat jahat..

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

Wah akhirnya dapat ku temui Ramadhan sekali lagi…Syukur…Apa2 pun salam ramdhan 1430H dr Kj dan family….Minta maaf jika ada apa2 kesalahan atau salah dan silap yang telah kJ lakukan…

masa ni tengah memerhatikan mak bulan melahirkan anak bulan...hehe

p/s: Maaf juga sebab dah lama x update blog hehehhe
p/s/s: berazam puasa n solat terawikh penuh ramadhan ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...