nak ikut.....

Friday, October 23, 2009

Nilai Nyawa Seekor Anjing…

Murah!!….aku rasa nilai nyawa seekor anjing terlalu rendah…mungkin ada yang beranggapan tidak ada nilai langsung…ini kerana dalam seminggu ini aku pergi kerja pada waktu pagi…tidak sah kalau tidak ternampak bangkai anjing yang mati di tengah jalan akibat daripada langgar lari… aku tahu lah, anjing itu haram dan dipandang hina.. tetapi anjing itu tetap makhluk ciptaan Allah…Allah tidak mencipta suatu makhluk dengan sia-sia, kesemua ciptaanNya mempunyai tujuan tertentu agar ciptaan ini dapat dimanfaatkan oleh manusia sebaik mungkin…Ingatlah, segala makhluk yang bernyawa termasuk anjing mahupun khinzir, jika kita menunjukkan sifat belas kasihan akan dikurniakan pahala…Jadi, kepada semua pengguna jalan raya, aku ingan berpesan agar sentiasa berhati-hati terutamanya di kawasan anjing melintas heheh


p/s:Aku nak suruhlah pihak kerajaan..pasang papan tanda kawasan anjin melintas kat tepi2 jalan.. (makin bnyak lah tugas kerajaan heheh)

p/s/s:Dulu aku masa kecik, aku slalu makan tertumpah…sebenarnya aku kasihan dengan semut2…saja bagi diorang makan haha

p/s/s/s:Semoga hari isnin ini aku tidak jumpa bangkai anjing lagi…tak syok la memulakan pagi ari dengan terserempak dengan bangkai anjing yang hancur..

Thursday, October 22, 2009

Aku Bermadah Cinta

Aku tidak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni…ada member-member aku minta pandangan dan nasihat berkaitan percintaan mereka..ada yang mudah diselesaikan..ada yang terlalu rumit. nak kata aku bnyak pengalaman dalam percintaan…rasanya aku lah satu-satunya lelaki yang suci bersih dari dunia percintaan ni…ramai yang x percaya kalau aku kata…aku masih single lg… jadi dah alang-alang orang xpercaya, aku kata lah aku dah ada awek hahaha….bukan sebab jual mahal…tapi dah hati tak nak jatuh cinta.. nak buat macam mana kan…sampaikan ada kawan aku mencadangkan aku membeli buku berkaitan langkah-langkah utk jatuh cinta yang ada di pasaran (cuba cari kat MPH)… ish nanti2 lah.. Biarkan lah ia berlaku secara natural dulu… mungkin dengan bermadah…ada hati yang terpikat hehehe.. Jadi aku nak kongsikan madah-madah cinta yang aku pernah dengar (korang cuba lah ye..) :-

a) Jgn smpn kata2 cinta pd org yg t’syg shgga dia mninggal dunia, lantaran akhirnya kamu tpaksa catatkn kata2 cinta itu dipusaranya. Sblknya ucapknlah kata2 cinta yg tersimpan dibenakmu itu skrg slg ada hayatnya.

b) Cinta itu suci, cinta itu tidak buta, cinta itu kepunyaan Tuhan. Yg tidak suci dan buta itu adalah org yg salah mgunakannya.

c) Cinta bukan melemahkan hati,bkn membawa pts asa, bukan menimbulkan tangis sedu sedan, Tetapi cinta mhidupkan phargaan, menguatkan hati dalam pjuangan, menempuh onak dan duri phidupan.

d) Permulaan cinta adlh mbiarkan org yg kamu cintai mjadi dirinya sendiri, dan tdk merubahnya mjadi gambaran yg kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yg kamu temukan di dlm dirinya.

e) Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lg, kiranya kamu benar2 mencintainya setulus hati.

p/s: aku percaya jodoh aku telah ditentukan…hanya biar masa menentukannya..


CINTA adalah ANUGERAH,
Membuat kita TERTAWA,
Membuat kita BERNYANYI,
Membuat kita SEDIH,
Membuat kita MENANGIS,
Membuat kita bertanya kenapa....
Membuat kita menerima..
Membuat kita memberi..
&
Yang paling penting membuat kita HIDUP.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...