nak ikut.....

Saturday, October 31, 2009

Hari ini Hari Jadiku....

Ring….sekali lagi hp aku berbunyi (sebenarnya ring tone hp aku lagu N’sync =))….kali ni dah mesej ke berapa ntah…aku lihat jam…menunjukkan jam 12 AM….ish pandai plak hp ni x rosak…selalu waktu lain mesti problem je sejak masuk air….mesti mesej masuk lambat…tapi td berderet2 mesej masuk on time….jadi aku baca la kesemua mesej yang masuk….pelbagai gaya ucapan yang aku terima… kira semua nak jadi yang pertama la tue heheh…tp x bleh lawan la kawan aku sorang ni…dia dah wish aku masa merdeka ari tu….dia ingat aku lahir 31 ogos hahah….tapi hari ni, x plak dia wish aku…siot je…hari ni genaplah usia aku yg ke… Ish mana bleh bg tahu hehe…tapi kini aku melangkah ke fasa hidup baru…ingin membina kerjaya supaya stabil n mengumpul harta dan kahwin…

gambar tahun 2007...

p/s: thanx semua yg dah wish…yg belum wish masih ada masa lagi heheh

p/s:aku biasanya akan tertidur awal kalau esoknya ada tarikh penting seperti tahun baru, hari raya, hari jadi, hari merdeka, hari guru dll..

p/s/s: lepas aku tngok gambar ni..baru aku tahu aku telah memBESAR dengan cepat..

Thursday, October 29, 2009

Pasti ada hikmahnya…

Biasa lah hidup sebagai remaja….pasti tidak boleh lari dari masalah cintan cintun…apabila berlaku sesuatu krisis, perpisahan sering terjadi…di sangkakan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah hari..pasti akan timbul dalam hati, satu perasaan yang seolah-olah tidak boleh terima kenyataan perpisahan itu berlaku…itu lah yang terjadi kepada kawan aku sekarang…aku telah menjadi tempat dia meluahkan segala ceritanya…aku hanya boleh mengatakan bahawa itu semua qada dan qadar ALLAH SWT…tidak lebih dari itu…biasalah, ketika ini emosi dan fikirannya masih tidak stabil….jadi apa yang dikata pasti tidak akan diterima…aku selalu nasihatkan kepadanya…jika pasangannya sudah tidak mahu terimanya lagi…usah la merintih merayu kepadanya….ini semua akan menunjukkan yang dia terlalu terhegeh2 kepada pasangannya sedangkan pasangannya bergembira dengan orang lain….tapi yang aku paling takutkan jika dia berburuk sangka kepada ALLAH SWT…kerana telah memberinya perpisahan itu.. INGATLAH, apa sahaja yang ALLAH SWT jadikan pasti ada hikmahnya…jadikan pengalaman itu sebagai pengajaran agar tidak akan diulangi kesilapan itu lagi…


“Tidak semua perkahwinan yang bahagia itu bermula dengan cinta, tetapi perkahwinan yang bahagia itu adalah yang bermula dengan cinta yang dibina setelah berkahwin”


p/s: Terasa diri ini seperti DR CINTA……

Sunday, October 25, 2009

KJ SITU SANA SINI: Taman Tasik Datuk Keramat

Oww taman tasik datuk keramat ni baru je di buka kepada orang ramai…lokasinya sudah tentulah di datuk keramat..berhampiran dengan stesen LRT Jelatik…aku dgn adik aku pun x nak lepas kan peluang… kami gigih kesana untuk bergambar….walaupun matahari dah terpacak betul atas kepala...jadi enjoy dengan gambar2 yang diambil…Lokasi ini akan menjadi salah satu tempat aku untuk mencuci mata…eh silap..tempat aku untuk berjogging heheheh..(aku benar2 serius untuk kuruskan badan ni hahah)

ada taman permainan lagi...dah lamanya aku x main..

gelanggang futsal pun ada...kira kat sini macam2 ada..

Sempat aku bergambar dengan pokok =P

Masih lg kat tmpat yg sama...bukan kat melaka ok...ingat melaka je ada tangga ni??

dah nama pun adik beradik...pose bergambar pun gaya yg sama =)

Pondok berehat banyak disediakan utk org2 yg pancit berjogging

terperasan kejap menjadi model hehhe

posing kat tasik

aku sempat juga mencuba beberapa alat sukan yang ada disitu

TAPI SAYANG......

Ibubapa leka bersenam, anak2 dibiarkan memanjat tiang-tiang...kalau jatuh, siapa yang susah??
Lu fikir lah sendiri....

Tak sampai sebulan taman tasik datuk keramat ini dibuka kepada orang ramai, telah berlaku banyak kerosakan....ini lah mentaliti rakyat kita...yang tidak senang nampak sesuatu itu dalam keadaan baik...bersama-sama lah kita menjaga kemudahan awam yang disediakan seperti menjaga barangan sendiri.

Jadi,jika korang ada masa terluang dan peluang, singgah2 lah di Taman Tasik datuk Keramat ni ye...pasti berbaloi..


p/s:Maaf entri kali ini bnyak sngat gambar...
p/s/s: Next destination..nak g mana pulak eh??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...