nak ikut.....

Sunday, November 29, 2009

NESLO???

Petang tadi, aku dan adik aku pergi ke sebuah kedai makan berhampiran dengan rumah aku… datang la seorang kakak ni untuk mengambil order…adik aku mintak air milo ais…dan aku pulak minta air neslo ais… tetapi si kakak ni buat muka x faham….aku ulang la balik order aku…. sangkaan aku mungkin dia x dengar…tp kakak ni still buat muka macam pelik….dahi berkerut seribu….dia tanya balik kat aku…. ”NESLO????”…aku menganggukan kepala aku…tp dia still berdiri kat meja aku dengan muka tak puas hati…..”ni mesti tak tahu NESLO tu air apa”, sangkaan aku…aku pun terang secara ringkas kat dia…..NESLO = NESCAFE + MILO….oww baru dia faham….selama ini, aku ingat semua orang tahu air neslo tu rupa dia mcm mana hehehe….Ni belum lagi, aku mintak air KOPI JANDA….hahaha


p/s: Kakak aku kata….ada air KOPI + TEH… (aku belum cuba lagi la) tapi apa singkatan dia eh????

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Rasanya tidak terlambat untuk aku mengucapkan...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
kepada semua umat islam yang menyambutnya….
terutama sekali kepada insan2 yang mengenali aku…
my family, sedara mara, ofis mate, lecturer2…kawan2 aku…
senang citer semua lah…

MAAF ZAHIR & BATIN….


Tulus ikhlas,

aku yang merindui kampung

p/s: ROY kata raya haji ni pun dia dapat duit raya…bestnya…

Wednesday, November 25, 2009

Bolos dari sekatan JPJ

Aku telah berjaya memboloskan diri daripada sekatan JPJ??….aku merempit melanggar pegawai JPJ?? Ish tak lah…aku masih baik lagi….x baik langgar-langgar pegawai JPJ atau polis yang sedang buat sekatan, nyawa mereka bernilai…mereka masih ada lagi orang yang tersayang…. kalau nak langgar pun…pergi langgar tiang lampu isyarat…tak menyusahkan orang lain… paling kurang pun,diri sendiri yang terkorban.. ish2 terEMO plak aku…nie kes sebab banyak dengar citer pasal polis kena langgar lari semasa buat sekatan jalan raya…kesian mereka…ok2 KJ, stop membebel….berbalik kepada citer asal…

Petang tadi selepas habis waktu bekerja, ada pegawai JPJ buat sekatan kat laluan motor di TOL…. Dari jauh aku dah ternampak kelibat 4 orang pegawai JPJ berdiri tegak….motor aku yang tadi berkelajuan 100 km/j tetiba menjadi 40km/j…pelikkan??hehehe tetiba aku menjadi penunggang yang paling berhemah sekali haha….. dan setiba sampai di laluan motor….aku mengekori 2 lagi motor yang berada di depan aku…. Tetapi ketika lalu di depan pegawai2 JPJ itu….2 motor di depan aku tu di minta berhenti di tepi…. Untuk dilakukan pemeriksaan…dan kini sampai giliran aku plak lalu di depan pegawai JPJ….gabra juga walaupun aku tahu aku tidak buat silap….aku dari kecil memang fobia dengan pegawai2 beruniform ni heheh…..pegawai itu perhatikan aku, dan membiarkan aku pergi dengan selambanya…. Aku pelik… kenapa diorang tak tahan aku??...aku pun toleh ke cermin sisi, dan aku lihat motor2 selepas aku semua kena tahan…Korang rasa kan, kenapa aku x kena tahan?? (Untuk makluman ini bukan kali pertama berlaku…)

Disini aku sediakan senarai jawapan untuk memudahkan korang….korang x yah susah2 fikir hehehhe

A: Sebab muka aku terlalu suci dan baik…

B: Aku xde rupa untuk dijadikan menantu diorang…yang diorang tahan…boleh ambilkan nama, no hp, alamat untuk anak dara mereka…

C: Diorang takut dengan aku yang mempunyai badan yang besar…eh2 silap…yang tuff…

D: Semua jawapan di atas…..haahahah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...