Wah seronok la tahun ini….sambut raya dan merdeka serentak…merdeka raya!!! patut la kat kampong aku ni, bunyi mercun 2 kali ganda banyak..setiap malam bunyi…. Tak sabar nak tunggu statistik mangsa mercun….heheh Jadi di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya dan selamat menyambut hari merdeka…maaf zahir dan batin jika aku ada buat salah dan silap…ada yang terasa dengan entri aku sebelum ni ke…kosong-kosong ye…aku mungkin tidak akan mengemaskini blog ini untuk 2 hari… yela raya katakan…nanti kena marah pula dengan ayah aku, orang lain raya layan tetamu…tapi aku sibuk main internet layan tetamu maya heheheh…Tapi aku yakin, raya ni aku akan terpacak depan TV je…kira tetamu datang ikut konsep layan diri lah hehehe…. Yela, banyak filem melayu bersiaran masa raya…(nasib baik aku jenis yang tidak suka layan filem melayu kat panggung…rugi!!!)… Kepada sesiapa yang berada di Melaka dan yang tiada kampong itu, marilah datang beraya di kampong aku…
p/s: sempena bulan raya dan bulan kemerdekaan ini, aku tak nak bagi duit raya tapi nak bagi jalur gemilang…boleh???