nak ikut.....

Monday, October 31, 2011

Aku hendak tangkap musang itu!!!

Setiap malam pasti tidur aku terganggu….biasalah tidur di rumah kampong yang beratapkan kepingan zink….pada mulanya seram juga…sebab aku tinggal seorang diri….dalam keheningan malam yang hanya ditemani bunyi cengkerik…tiba-tiba bunyi atap zink seperti dipijak….bunyi kedengaran perlahan datang dari arah dapur…dan semakin kuat hingga ke bilik tidur aku….dan kemudiannya terus senyap….biasanya berlaku dalam pukul 12 pagi, ketika aku hendak tidur….

Aku pernah tanya kepada makcik aku mengenai bunyi itu…

“Makteh, bunyi apa yang selalu angah dengar atas atap setiap malam tu??”

“Oww bunyi musang jalan atas atap la tu”

“Ingatkan pencuri tadi”

Dan tadi aku terbaca surat khabar, yang mengatakan najis musang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan…boleh dapat RM 704.83 sehari…wah boleh kaya aku!!! Tetiba mata aku asyik terbayang duit sahaja hahah

Tetapi dengan syarat, najis musang itu mengandungi biji kopi la heheh…Ini kerana enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri…

Jadi misi aku dan pakcik aku malam ini ialah cuba menangkap musang yang mengganggu tidur aku itu… dan kalau sudah dapat, bagi musang tu makan banyak-banyak biji kopi sampai terberak hehehe

Sunday, October 30, 2011

Bergayut puas-puas…

Esok….31 Oktober… Hari untuk aku bergayut puas-puas….heheh…Walaupun esok hari isnin, hari bekerja.. Aku akan cari peluang juga untuk bergayut puas-puas…rugi tidak guna peluang yang diberi ini sepenuhnya hahahha

Aku sudah membuat persiapan yang rapi sejak pagi tadi…mengecas bateri telefon bagi penuh… dan tidur secukupnya hahah

Sekarang hanya tunggu masanya untuk menelefon mangsa-mangsa dalam senarai…

Hanya untuk pengguna maxis sahaja heheh…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...