Hari ini seperti biasa….tidak awal dan tidak juga lambat…aku keluar rumah hendak pergi kerja… Segak dengan baju kemeja dan seluar slack, aku menuju ke tempat letak kereta…. Aku lihat makcik aku sedang menyapu di halaman rumah…. Makcik aku pun menegur aku
“Eh angah, hari ini kerja ke??”
“A’ah kerja hari ini”, sambil aku berlalu pergi ke arah kereta…
Aku menghidupkan enjin kereta, dan membiarkannya seketika…biar panas… Sedang aku kemas dalam kereta, tetiba aku dengar ada suara menegur aku…
“Eh, angah kerja ke hari??”, tegur jiran yang duduk di sebelah rumah aku, sambil berjalan menuju ke arah makcik aku…Mungkin mesyuarat tingkap akan bermula sekejap lagi…
“A’ah, angah kerja hari ini”, aku membalas…
Dalam 10 minit selepas itu, apabila enjin sudah panas….aku pun masuk ke dalam kereta… Ketika aku cuba mengundurkan kereta dari tempat parking….aku perhatikan ada seorang lagi jiran aku datang… dia pun turut tegur aku
“Eh angah, kerja ke hari ini??”
“A’ah kerja hari ini”,aku balas nak tak nak saja…
Dan aku nekad, kalau ada seorang lagi tanya “angah, kerja ke hari ini??”
Aku akan jawab,” tak lah….nak pergi pasar je….”…Biasalah rakyat Malaysia, sudah jelas nampak…masih hendak tanya….sudah terang aku pakai baju kemeja lengkap semua… boleh tanya lagi.. Betul tak??.. Tapi aku fikir positif….mungkin sebab hari ini, Melaka cuti kerana semalam menyambut hari Melaka menjadi bandaraya bersejarah….jadi mereka pelik aku pergi kerja hari ini…. Inilah akibatnya apabila tinggal di Melaka, kerja di Johor hehehh
p/s: Aku mula jadi seorang yang peramah, suka menegur orang sejak duduk di kampong ni hehehhe, kadang-kadang turut serta juga menjadi ahli mesyuarat tingkap dan mesyuarat di kedai kopi hahaha