nak ikut.....

Monday, December 31, 2012

Tahun baru, tiada erti….


Sedih!!!

Sunyi!!!

Kehilangan!!!

Ye, aku rasa sunyi….bukan sebab aku tiada rakan… ramai je yang ambil berat akan diriku ini… terima kasih banyak-banyak!! Aku sangat menghargainya……tetapi diri ku kini terasa seperti satu kehilangan besar…. untuk menempuh tahun baru…2013…aku kehilangan

”orang” yang sentiasa menjadi idola aku….

”orang” yang sentiasa memberi kata-kata semangat apabila aku lemah…

“orang” yang sentiasa membantu aku apabila susah…..

“orang” yang sentiasa bersungguh-sungguh gelak, walaupun lawak aku tidak jadi

”orang” yang sentiasa bersama aku…..

kini sudah tiada selama-lamanya…. “orang” yang dimaksudkan itu ialah ayahku…Johari bin Othman… yang telah pergi menemui penciptanya… DIA lebih menyayanginya…. Pada 28 Disember 2012,jumaat, pada jam 6.06 petang….

p/s(i): Aku sangat rindukan ayah….Maaf kerana tidak menjadi anak yang baik…. Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh Allahyarham di sisi-Nya.. Al-Fatihah

p/s(ii): Sambutlah tahun baru dengan penuh kesyukuran…

Thursday, December 27, 2012

Tabik Spring!!!


Malam ini, aku lepak di rumah saja….Bosan!!!

Aku pun on kan TV….tiada cerita menarik…aku ambil remote control, dan tukar siaran satu per satu..
Sampai la aku terbuka TV9….ada siaran langsung Semanis Kurma… Rupanya, sudah lama aku tidak menonton semanis kurma… dan kebetulan tajuk malam ini agak menarik… “Aku bukan khunsa”

“Wow, beraninya buat tajuk ni!!”,itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut aku

Yelah, sebab selama aku ikut siaran semanis kurma sebelum ini…apabila ada sesuatu tajuk yang akan dibincangkan… ia pasti akan membawa dua orang panel…iaitu seorang yang pakar tajuk tu sama ada kaunselor atau ustaz dan seorang lagi…yang mengalami peristiwa seperti tajuk yang dibincangkan.

Jadi, tajuk malam ini…”aku bukan khunsa”, ada ke khunsa yang akan datang?? Kalau ada yang datang pun, mesti kamera ambil dari tepi je, tak nampak dengan jelas mukanya…. Itulah yang aku fikirkan pada mulanya…. Tapi sangkaan aku itu meleset sama sekali……cikgu khairi atau erinz berani datang menjadi panel, berkongsi pengalamannya…

Aku memang tabik spring la…toink!!! Toink!!! Anda memang seorang yang berani!!!

Tetiba aku teringat pesan emak aku…."Janganlah kita memandai-mandai menilai seseorang itu, kononnya yang orang itu baik, dia pasti akan masuk syurga, yang orang itu jahat, dia pasti masuk neraka…. Yang pentingnya, bagaimana pengakhiran kehidupan seseorang itu…itu semua urusan Allah…."

p/s: Terkejut aku apabila ustaz dalam semanis kurma itu tadi menyatakan ada 300 000 orang lelaki Malaysia yang berkahwin tetapi bernafsu dengan lelaki dan ada 7 Juta orang LGBT di Amerika syarikat.

Monday, December 24, 2012

Nilai durian crepe!!!


Anda pernah makan durian crepe??

Sekarang sedang fames mengenai durian crepe… Aku pun sudah mencubanya, itupun hasil pemberian rakan sekerja aku….. Sangkaan aku terlalu tinggi sebelum merasanya…tetapi apabila aku sudah merasanya, perkataan yang terkeluar dari mulut aku ialah

“Lebih baik makan buah durian betul, daripada makan benda alah ini…lagi berbaloi!!”

Serius, aku rasa lebih berbaloi makan buah durian betul daripada makan durian crepe ini… mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan aku, itu terpulang pada selera masing-masing…..tepuk dada tanya selera!!!

Ketika aku pulang ke Kuala Lumpur, keluarga aku pun terkena demam durian crepe…. Lebih-lebih lagi adik aku yang belajar kat university Malaya tu…. Memang dia teringin sangat, walaupun aku dah bagi komen negative mengenai durian crepe pada nya hehehe


Misi pencarian durian crepe aku bermula dari hari sabtu yang lepas…. Alkisahnya apabila adik aku itu mesej kakak aku, pagi sabtu itu, mengatakan yang dia teringin untuk makan durian crepe…. Kebetulan pagi itu, aku dan kakak aku pergi ke pasar tani….adalah seorang makcik itu menjual durian crepe disitu….tetapi 4 ketul kecik durian crepe berharga RM 10….aku rasa, ia sangat mahal…..sedangkan RM 10 boleh dapat, 2-3 biji buah durian… dan kebetulan juga…. Macam drama sinetron Indonesia pula….terlalu banyak kebetulannya…. Kawan aku ada mesej aku mengatakan yang dia hendak memberi aku durian crepe….

Alang-alang hendak mendapat durian crepe free….aku “menghasut” kakak aku supaya tidak membeli durian crepe daripada makcik itu… Hendak menjadikan cerita, adik aku sanggup balik rumah dari Universiti Malaya (UM) petang sabtu itu juga semata-mata hendak makan durian crepe…. Tetapi aku berjanji hendak jumpa kawan aku tu masa krismas nanti heheh…

Disebabkan rasa bersalah, aku memulakan misi mencari durian crepe malam sabtu itu….merata pasar malam, super market, dan kedai aku selongkar….tetapi hampa…. Dan adik aku pulang kembali ke UM pagi ahad itu dengan perasaan kecewa dan kempunan hehehh…..Sampai emak aku suruh cari juga durian crepe dimana-mana sahaja sebelum kami semua ke UM hari ini…. Sampai aku terfikir untuk membuat sendiri saja durian crepe tu….bukannya susah….

Pagi ini, aku masih tidak jumpa lagi durian crepe yang dicari….biasalah, apabila kita hendak sangat sesuatu benda itu, mesti tidak jumpa….tetapi apabila kita tidak memerlukannya, berlambak pula heehhe Pagi tadi, aku menghantar kakak aku ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mengambil ubat, selepas itu misi pencarian durian crepe bersambung semula heheh….dari HKL sampai taman melawati aku redah, tetapi hampa….akhirnya aku pulang ke rumah pada jam 11 pagi….

Menurut kawan aku, kat Mudah ada je orang jual durian crepe…. Aku pun online dan tengok kat mudah… Memang ada beberapa orang yang menjual durian crepe… aku cari yang sekitar rumah aku… ada la dalam 3 orang… jadi aku mesej ketiga-tiga itu

“Salam. Saya hendak order durian crepe. Kalau saya hendak ambil pada pukul 12.30pm nanti sempat ke buat?”

Nasib baik ada seorang yang balas, dia kata dia boleh buat…. Jadi aku rasa lega, dapat bawa durian crepe untuk adik aku nanti…. Aku beli 4 kotak durian crepe J. Dan tadi aku buka facebook,aku lihat adik aku sudah komen mengenai durian crepe… Kan dah kata, taknak percaya…. heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...