nak ikut.....

Saturday, November 23, 2013

Pesanan Orang Tua

Jam 5.30 petang tadi, aku baru pulang daripada bertugas menjaga kursus pendek sempena Program Asprisiasi Alumni Kolej Komuniti Kebangsaan 2013 di MITC, Melaka…

Ketika aku berada di dalam rumah, Makcik aku yang tinggal di hadapan rumah aku menjerit memanggil aku…

“Angah….Angah….”

“Ye Mak Teh….Kenapa?”

“Mari makan durian ini….”

Aku yang hantu durian ini terus keluar rumah tanpa sempat menukar baju kerja….Aku duduk di atas kerusi di halaman rumah bersebelahan dengan Mak Teh aku…

Sedang kami enak menikmati kesedapan buah durian itu, datang seorang pemuda dalam lingkungan 40an menghampiri kami…. Maaflah, aku memang tidak mengenali jiran aku….Yela, aku keluar bekerja dari pagi sampai petang… Apabila sudah petang, hanya duduk dalam rumah bagi menghilangkan kepenatan dan melayan TV.. “Playboy itu suami aku” hahah….. Apabila hujung minggu, aku terpaksa pergi kerja juga….kalau cuti, aku akan balik ke Kuala Lumpur… Bila aku hendak mengenali jiran?? Hehe

Mak Teh aku mempelawa lelaki itu untuk makan durian sekali….sambil dia menikmati buah durian dia pun bertanya kepada aku

“Kamu ni siapa??”

“Anak buah Mak Teh”

“Tidak pernah nampak pun kamu sebelum ini”

“Macam mana hendak nampak, kerja pagi balik malam”

“Kamu sudah berkahwin??”

Pertanyaan lelaki itu membuat aku tersentak….

“Belum lagi… Kenapa?”

“Kalau belum….Pakcik nak bagi nasihat sikit dalam memilih isteri”

“Apa dia??”

“Kalau kamu hendak pilih isteri, jangan pilih yang selalu tanya kamu di mana dan asyik suruh kamu balik rumah je….nanti rasa terkongkong je”

Aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya….

“Habis tu nak pilih isteri macam mana??”

“Kamu carilah isteri yang tidak kisah kamu pergi ke mana….janji kamu balik ke rumah….”

Aku tersenyum dengan penerangan pakcik itu…dan kami terus menikmati durian…

TIba-tiba!!!

Kring!!!! Kring!!!!

Telefon bimbit pakcik itu berbunyi dan dia pun menjawab telefonnya..

“Yea…yea abang nak balik ni….tak boleh abang keluar rumah sekejap”

Erk!!!! Aku tergelak. Pakcik ni tadi nasihatkan aku, tetapi dia juga memilih isteri jenis itu….hehe… mungkin dia cerita berdasarkan pengalamannya…. Inilah dikatakan JODOH!!!!


Nota kaki: Jom ramai-ramai esok turun ke perkarangan MITC….ada macam-macam gerai jualan dan kursus pendek percuma…Jumpa anda disana!!!



Friday, November 22, 2013

Ledang dan Tangkak semakin popular….

“Ledang tu kat mana ye?”

Itulah soalan yang biasa akan ditanya oleh urusetia apabila aku ingin mendaftar pelajar aku untuk sesuatu pertandingan….Biasanya aku akan menjawab

“Tempat dimana Puteri Gunung Ledang berada…”

Dan sudah tentu mereka tidak akan tahu juga…. Ledang dan Tangkak adalah salah satu kawasan di Negeri Johor bersempadan dengan Negeri Melaka…. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ledang dan Tangkak…boleh lah bertanya pada Pakcik Google..

Dan baru-baru ini, Tangkak dan Ledang semakin popular…..kerana “Tuhan Harun” bersama isteri ketiganya dan seorang pengikutnya telah Berjaya di tangkap disitu… Rupanya “Tuhan Harun” ini berjiran dengan kebanyakan staf tempat aku bekerja heheh…

Dan Lepas ini, kalau ada yang masih bertanya

“Ledang tu kat mana ye?”

Aku akan jawab,

“Tempat Tuhan Harun kena tangkap” hehe

sumber kosmo: Harun kena tangkap

 Kalau tidak tahu juga, memang anda tidak mengikuti perkembangan semasa hoho


Nota kaki: Sudah lamanya aku tidak mandi bersama Puteri Gunung Ledang di Gunung Ledang….

Sunday, November 17, 2013

Love You Mr Campur…

Seminggu rasanya aku berbengkel di Kajang….. Sudah rasa rindu dengan ofis aku… Dan hari ini, aku membuka email untuk melihat urusan kerja yang terkini…. Banyak juga email yang masuk ke dalam inbox aku…. Aku check satu persatu… dan ada satu kandungan email ini menarik perhatian aku…


Perpustakaan di kolej aku menganjurkan satu program sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2013… Program itu ialah “Program Jom ke Perpustakaan”….Antara acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Mengarang Cerpen, Gali bahasa, dan Pertandingan Sajak / Syair / Bercerita… Aku rasa berminat untuk menyertai kesemua aktiviti itu…tetapi tarikh aktiviti itu jatuh pula pada waktu aku perlu pergi kursus lagi iaitu 26 dan 27 November ini…kecuali Pertandingan Mengarang Cerpen sahaja yang bermula sekarang sehingga 25 november ini…. Jadi aku hanya boleh menyertai pertandingan mengarang cerpen sahaja jika aku berminat.

Macam minat je....Macam minat je....

Bagi mendapat idea untuk mengarang cerpen ini, aku telah berbincang dengan adik beradik aku…Macam-macam idea dikeluarkan…

“Apa kata buat cerpen pasal seorang playboy jatuh cinta dengan gadis berbadan besar??”, cadang kakak aku

“Nampak sangat terpengaruh dengan drama Playboy itu suamiku…”, bisik hatiku..

“Ish biasa sangat….apa kata angah buat cerpen pasal seorang ibu tua yang sakit dan miskin serta perlu menjaga cucu yang cacat….dan bla bla…..dan bla bla….”, cadang adik aku pula.

“Banyak pula “dan” dia bagi menggambarkan terlalu peritnya kehidupan si ibu itu….ni mesti terlalu banyak sangat tengok drama cerekarama ini…kalau boleh hendak menggambarkan kehidupan itu seperti sudah jatuh di timpa tangga….tetapi ini bukan setakat tangga….anjung, beranda dan atap pun jatuh sekali hehe”, bisik hatiku….

Kami terus berbincang…Dan akhirnya keluarlah satu idea…

Cerpen yang akan mengisahkan seorang lelaki yang agak arrogant…. Dan sukar didekati oleh wanita… Namun, dia mula berubah sikap menjadi seorang peramah apabila sering ditegur oleh ibunya…Kerana sifat barunya yang ramah, timbul pula satu masalah lain pula iaitu ramai wanita mudah jatuh cinta padanya….dan kini dia di cop sebagai playboy pula…. setiap tingkah lakunya pasti akan mencairkan hati wanita… Maka, pasti ada wanita yang akan merasa kecewa kerana terasa diri mereka seperti dipermainkan sebab lelaki itu seolah-olah melayan ramai wanita…dan dia merancang untuk membalas dendam bagi memuaskan hatinya… Lelaki itu terlibat dalam kemalangan yang dirancang… dan dia mula insaf dengan tingkah lakunya selama ini…

Apakah akan terjadi pada lelaki itu selepas ini??

Adakah lelaki itu akan menjadi ustaz??

Semuanya akan terjawab kalau aku menang tempat pertama dalam pertandingan mengarang cerpen ini hehehe


WeChat: kjkun86
Insstagram: khairuljohari86
Facebook: Kj Kun
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...