nak ikut.....

Sunday, December 28, 2014

Bantuan Sumbangan Mangsa Banjir….

Anda ingin menderma??

Anda ingin memberi sumbangan??

Tetapi tidak tahu ke mana anda hendak salurkan? Anda boleh memberi sumbangan dalam pelbagai bentuk sama ada wang tunai, pakaian, makanan dan barang keperluan lain di Kolej Komuniti Ledang. Anda boleh menghubungi Unit Hal Ehwal Pelajar (Hep), Kolej Komuniti Ledang di talian 06-9789295 pada waktu pejabat…atau menghubungi saya di facebook bagi mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan sumbangan ini….

Marilah kita bersama-sama menghulurkan tangan, ringankan beban mangsa-mangsa yang terlibat.... Mungkin kali ini hari mereka, lain hari kita tidak tahu…..

Wednesday, December 10, 2014

Jenayah Syariah di Kolej

Alhamdulillah…..

Selesai juga program ceramah jenayah syariah dari pejabat kadi ledang…..walaupun suratnya sampai agak lambat, tetapi program telah berjalan dengan lancar….

Program berlangsung jam 2.00 petang tadi….Aku terima surat 2 hari yang lepas, namun begitu aku sudah mendapat panggilan telefon awal yang menyatakan pejabat kadi ledang ingin membuat ceramah jenayah syariah di Kolej Komuniti Ledang. Aku Cuma tidak dapat menghebahkannya awal kerana tiada surat hitam putih sebagai bukti untuk aku membuat memo kepada semua staf dan pelajar kolej… Sehinggakan aku kena panggilan hangit untuk program ini…hehe.. Lurusnya aku sebab percaya!!!

Hari ini juga, berlaku pertindihan banyak program seperti lawatan industri Unit Penyejukan dan Penyamanan Udara ke kilang di Ayer Hitam….Program team building staf kolej di Saujana Asahan…jadi banyak kelas telah dibatalkan hari ini dan esok….

Dalam fikiran aku, memikirkan…..Ada ke pelajar nak datang dengar ceramah pukul 2 ni nanti…banyak kelas sudah batal dan tiada…aku memang sangat risau tadi…sebab takut objektif ceramah ini tidak kesampaian…

Jam 1.30 petang, selepas aku siap bersolat…aku terus bergegas ke Dewan Kuliah…aku perhatikan ada la tidak sampai 10 orang pelajar di dalam dewan…. Aku mula risau….nanti apa kata pihak pejabat kadi pula…

Dan Alhamdulillah, apabila kita membuat sesuatu yang baik…..Allah akan mempermudahkannya….dan ketika masa menghampiri ke jam 2.00 petang, seorang demi seorang datang memenuhi dewan…. Dan apabila pejabat kadi ledang datang untuk memberi ceramah…dewan kelihatan hampir penuh…. Dan terima kasih juga kepada Puan Pengarah, kerana sudi juga hadir walaupun agak sibuk menguruskan kolej…




Ceramah tersebut sangat menarik dan banyak soalan berkaitan jenayah syariah diutarakan oleh pelajar…. Tetapi dalam banyak-banyak topic, pasal hubungan terlarang yang menjadi topic paling hangat heheh… Semoga ceramah itu tadi, memberi kesedaran kepada semua supaya berhati-hati dalam mengharungi kehidupan supaya ia berlandaskan ajaran islam…


Nota kaki kanan: ada macam gaya Pencetus Umaah tak aku ni?? heheh

Nota kaki kiri: Esok rombongan cik Kiah ke KLCC hehehe

Tuesday, December 9, 2014

Kena panggilan hangit….

Aku kena panggilan hangit…..tapi bukan daripada radio hot fm tu…ini kawan sekerja aku sendiri yang kenakan aku….

Alkisahnya, semalam telefon aku menerima satu panggilan daripada nombor yang aku tidak kenali….

Aku angkat….dan terdengar suara seperti wanita di hujung talian…

“Assalamualaikum….ini encik Khairul ke?”

“Waalaikumusalam…..ye saya bercakap”, balas aku

“Saya, emak kepada seorang pelajar di Kolej tuan….anak saya kata lusa ada ceramah hindari zina eh?? Anak saya terlibat dengan zina ke??”

“Aah ada program hindari zina dari pejabat kadi daerah ledang….tetapi surat rasmi dari pihak kadi, saya tidak terima lagi…anak puan tidak terlibat dengan zina…program ini hanya hendak memberi pendedahan mengenai cegah jenayah syariah….”

“Habis itu, anak saya tiada kelas ke nanti?? Saya sudah telefon pensyarah kelasnya tadi tetapi dia tidak tahu pun mengenai ceramah tu….tidak ada makluman kepada pensyarah kelasnya ke?? Saya taknak anak saya kena denda bukan-bukan dengan Cik Teha nanti ”

“Macam ni Puan…pada hari kejadian...pensyarah juga terlibat dengan program lain iaitu team building...boleh saya tahu siapa nama anak puan?? Sebab saya pelik bagaimana dia mengetahui mengenai ceramah ini sedangkan saya hanya maklumkan kepada jawatankuasa pelajar saya sahaja”

“Nama saya Fatimah, kenapa pensyarah kelasnya tidak tahu??pegawai-pegawai encik tidak buat kerja ke?”

“Bukan Puan Fatimah….Kami masih tunggu surat dari pejabat Kadi lagi…sebab surat tu masih tidak sampai, saya tidak berani hebahkan kepada semua staf dan pelajar lagi…..Pejabat Kadi baru cakap mulut saja…jadi saya hanya memberitahu kepada jawatankuasa pelajar untuk bersedia sahaja…sebab program ni dijangka lagi 2 hari saja….takut tidak sempat cari pelajar untuk mendengar ceramah tu… dan pegawai dari pejabat kadi ada maklumkan kepada saya akan hantar surat sendiri sekejap lagi…apabila sudah pasti, baru saya hebahkan…”

“Saya harap anak saya tidak kena denda dengan pensyarah kelas dia”

“Baik puan, jangan risau…apabila sudah pasti saya akan hantar memo kepada semua staf”..

Telefon dimatikan….

Esoknya (hari ini) nombor yang sama telefon aku lagi

“Alamak, nombor ni lagi”, spontan aku berkata apabila melihat nombor semalam di skrin….

“Apa emak pelajar ini hendak lagi”, bisik aku di dalam hati….

Aku mengangkat telefon ini, dan menjawab dengan sopan…tetapi kali ini suaranya aku sangat familiar

“Eh ni Sam eh?”

“Aah aku la….semalam akulah yang telefon ko menyamar sebagai emak pelajar”

Okay…aku sudah kena panggilan hangit!!! Aku dahlah berdebar kalau ibubapa pelajar telefon aku!!!


Inilah program yang dianjurkan oleh bahagian penguatkuasaan, Pejabat Kadi Daerah Ledang dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti Ledang….. Jom ramai-ramai mendengarnya!!!



Nota kaki kanan: Nasib baik aku cakap lemah lembut je sepanjang perbualan....Lepas ini, mungkin pengarah aku pula menyamar ke?? heheh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...