nak ikut.....

Sunday, March 21, 2010

Aku benci cuti sekolah..

Kalau lah aku masih seorang pelajar sekolah, pasti aku suka bila tibanya cuti sekolah…

Kalau lah aku seorang guru, pasti aku juga turut suka bila tibanya cuti sekolah…

Kalaulah aku seorang atuk yang mempunyai berpuluh-puluh orang cucu, pasti aku akan gembira bila tibanya musim cuti sekolah…anak-anak dan cucu akan berkumpul bersama di kampong..

Tapi sayangnya….

Aku hanyalah seorang anak teruna yang gantang…yang berumur dalam 20-an…hehe…

Bila je cuti sekolah bermula, seorang demi seorang kawan aku mula berkahwin….dan aku pun pergilah ke majlis-majlis kahwin mereka….yang aku tak berapa suka atau kurang gemar bila orang bertanya kepada aku bila giliran aku pula untuk naik pelamin….adoyai…aku rasa aku masih muda lagi ni…tak puas lagi enjoy membujang…

Premis 1: Cuti sekolah = kenduri kahwin= orang bertanya bila giliran aku nak kahwin
Premis 2: Aku tidak suka bila orang bertanya aku nak kahwin
Kesimpulan: aku tak suka cuti sekolah hehehhe


Selamat Pengantin Baru kepada zul (kenalan matrik) & Esma yang berlangsung semalam

p/s: Berkahwin tidak semudah menukar pakaian…banyak tanggung jawabnya… kawan-kawan jangan lah risau, aku akan kahwin kalau kewangan aku dah stabil..dan yang paling penting bila aku dah ada calon… tunggu je kad aku sampai…heheh

7 comments:

rossoneri said...

hohohoho soalan yang paling hot dan membuatkan tangan rasa nak sepak je..

udacun said...

hoho..terasa nak kawen la KJ.. nnt cuti skolah.. aku nak kawen,..ko dtg eaaa..muahahaa

hans said...

hahahaha
dlu aku suka
sekarang aku bukan benci tapi dengki
hahha

KJ-kun said...

rossoneri:hahah dahsyatnya
udacun: insyaALLAh jika aku free heheh
hans: ayat macam dah kahwin je heheh

acik | uyul said...

aku suka cuti sekolah walaupon orang tanye aku mende serupa~ ada aku kesah?!
kesimpulannya, aku suke cuti sekolah!!

p/s:da abes cuti sekolah da~ (T.T)

Anonymous said...

bila kad kawen kau nak sampai kat aku?? (lain sikit corak soalan)hahah

KJ-kun said...

acik: haha sebab ko seorang cikgu ehhehe
red: hahah maksud dia sama la

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...