nak ikut.....

Monday, March 15, 2010

Jantung aku berdegup kencang..

Selalu jarang jantung aku berdegup kencang…biasanya ia akan berdegup kencang bila aku terjumpa atau berselisih dengan awek yang aku minat je hehehe…tapi tadi masa aku tengok perlawanan badminton akhir All England antara Dato’ Lee Chong Wei dengan Kenichi Tago, jantung aku berdegup kencang…rasa macam nak tercabut…cemas…geram dengan aksi dato’ lee chong wei….peluang yang beliau boleh smash dilepaskan saja…banyak bermain di net sedangkan si tago itu amat pakar bermain di net…tapi apa-apa pun beliau telah berjaya memenangi perlawanan itu dengan mata 21-19, 21-19…tahniah!!...Baru boleh aku tidur dengan tenangnya…hehe..Nampaknya aku sudah tidur lewat…esok mesti aku tertidur di pejabat atau datang lewat ke pejabat dan bakal di’smash’ oleh bos hehehe

p/s: Lawa gak fesyen baju Dato’ Lee Chong wei ni..tak ada lengan baju sebelah….nak buat satu la heheh

p/s/s: Mata terakhir, mata kemenangan tu macam out je hehehe

2 comments:

~ ReD ~ said...

suka eh kau?haha

joegrimjow said...

berbaloi pergi birm ritu
besttt

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...