nak ikut.....

Friday, May 7, 2010

Aku dan Mi Segera…

Aku sebenarnya dah hampir 6 tahun aku mengelak dari memakan mi segera….Dulu aku ni merupakan salah seorang peminat setia mi segera…sebutlah perisa dan jenama apa…pasti aku pernah merasanya…. aku paling suka perencah kari….dan yang aku paling tak suka perencah ayam….dalam seminggu pasti sekali aku akan makan mi segera…biasalah hidup sebagai seorang pelajar…duit poket tak banyak ketika itu dan ditambah pula kedai makan tidak buka pada lewat malam…jadi mi segera menjadi pilihan alternative terbaik masa itu…tapi itu semuanya dulu….zaman itu sudah berlalu….kira kali terakhir aku makan mi segera adalah ketika aku belajar di matrik.. Ada sebab mengapa tetiba aku menjadi fobia dan elergik dengan mi segera..

Kisahnya berlaku ketika aku berlajar di matrik, ketika itu bulan puasa…. Aku bercadang untuk bersahur dengan mi segera saja…kerana aku malas untuk berjalan kaki ke café…Jam di dinding menunjukkan pukul 2 pagi, aku saja sahur awal kerana takut tidak terbangun sahur nanti….aku pun tuang la air panas pada mi segera itu dan bubuh sekali perencahnya…sementara menunggu mi segera aku tu lembut dan kembang…aku pun baring-baring di atas katil….tanpa aku sedari, aku terlena tanpa sempat memakan mi segera itu terlebih dahulu…..

Dalam pukul 5.30 pagi aku terjaga, dengan kelam kabutnya aku mencari sumber makanan…dalam fikiran aku hanya satu….makan untuk dapat berkat sahur heheheh (ini aku auta)…dan aku teringat mi segera aku….aku pun melangkah dengan bergayanya kearah mangkuk yang mengandungi makanan kegemaran aku itu….aku perhatikan MI SEGERA aku itu sudah KEMBANG + berminyak + macam-macam yang tidak menyelerakan aku lagi…..dan aku terfikir, adakah benda-benda ini yang selama ini aku masukkan ke dalam perut aku??? Sejak itu aku terus berhenti makan mi segera….hanya kadang-kadang je aku curi-curi makan SESUDU jika ada kawan aku order kat kedai mamak…Mengidam oww….


p/s: aku tetap percaya mi segera tetap mendatangkan kesan negative pada orang yang memakannya… ini kerana bila kawan aku setiap hari makan mi segera, kepalanya beransur-ansur menjadi botak tetapi bila aku suruh stop…rambut dia mula menjadi lebat…

5 comments:

norsaritanaini said...

memang tak elok pun makan mi segera, perencah dia tu yg bahaya...banyak MSG...

Fairuz Selamat said...

kawan ko tu budak gemuk utm tu ke?

yusuf mujahidin ™ said...

MSG mmg boleh botak...
tp megi sedap kn?

Anonymous said...

lamo jugak x makan megi:D

Anonymous said...

then same la jugak klau smua makanan ko try biar atas meja,..nasi pn basi gak,.. hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...