nak ikut.....

Wednesday, June 22, 2011

Hendak kahwin percuma???

“Biar betul boleh kahwin percuma?? Masuk tandas pun kena bayar sekarang ini”

“Betul kalau tahu caranya!!!”

“Ke maksud kau kahwin je dulu, nikah nanti-nanti…seperti kebanyakkan remaja buat masa kini??”

“Ish ke situ pula…ni kahwin siap nikah la…yang mengikut syariat islam”

“Macam mana caranya???”

Anda hendak tahu juga???

Senang saja!!! Anda hanya perlu buat satu karangan…”kenapa anda suka blog ini”…dan pemenang akan di taja oleh aku hehehe…Ish bukan lah…aku sendiri pun tidak cukup duit nak kahwin, ni nak taja orang lain kahwin pula hahah… aku hanya harap pada duit iklan nuffnang je ni, cukup duit iklan aku kahwin la hahaha (rajin-rajin la klik iklan-iklan yang ada di blog ni ye HAHAHAH)

Sebenarnya anda boleh kahwin percuma jika anda memenuhi SEMUA syarat ini :-

a) Siapkan karangan bertajuk “Kenapa saya layak dipilih…..” tidak kurang daripada 300 patah perkataan selewat-lewatnya sebelum 17 Julai ini.

b) Terbuka hanya kepada mana-mana pasangan yang BELUM PERNAH berkahwin… Jadi kalau yang hendak berpoligami, anda tidak layak….Tetapi kalau anda hendak kahwin sekali 4 terus, anda mungkin perlu hasilkan 4 karangan yang bagus la heheheh

c) Pendapatan tidak melebihi RM 1500 sebulan.

d) Salah seorang daripada pasangan itu, perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan bermastautin di Kuala Terengganu.

Ini adalah sempena program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1 Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu. 10 pasangan bertuah (8 pasangan Melayu / 1 pasangan Cina dan India) akan dipilih dan di taja majlis perkahwinan mereka serta mendapat wang saku sekurang-kurangnya RM 5000… Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan mereka juga dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis Majlis akad nikah untuk program ini akan diadakan pada 16 September 2011 di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.

p/s: Semua syarat aku cukup KECUALI……kena cari awek Kuala Terengganu la hehehe

3 comments:

Miarahim said...

biar betulll!!!!mcm main2 je

Anonymous said...

alaaa...
tganu je ke.. jiran ngan tganu xleh ke?
hohoh... aku 2 2 belah kelantan ni...
aku post karangan kat ko je la eh.. bole la ko sapot aku... hik3~

butik pengantin said...

Kahwin kalau pakai duit sendiri lagi rasa berbaloi.tapi kalau dah orang sponsor sambar jer.duit leh guna untuk perkara lain

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...