nak ikut.....

Monday, June 27, 2011

Kepada semua ex-SK AU Keramat…

Hari ini aku baca surat khabar Kosmo…aku terjumpa berita mengenai sekolah rendah aku, SK AU Keramat…

Rupanya, telah diadakan satu perjumpaan semula bekas-bekas guru dan pelajar SK AU Keramat… Tapi kenapa aku tidak tahu??? Nampak sangat aku tak penting dan tidak popular di sekolah itu hahahha

Perjumpaan itu diadakan sempena ulang tahun ke-20 sekolah itu…. Kira sekolah itu lagi muda dari aku…..hahah..Aku rasa aku batch ke-3 kot….Aku masuk tahun 1993, darjah 1 kemboja, 2 dahlia, 3 hingga 5 cempaka dan 6 Raya…. Banyak kenangan yang aku tidak dapat lupakan di sekolah itu, termasuk lah kisah cinta pertama aku…cinta monyet hehehheh

Pada perjumpaan itu, bekas guru dan pelajar SK AU Keramat telah bercadang untuk mengadakan majlis makan malam pada bulan Disember nanti.Sehubungan itu, sekretariat yang dilantik berharap lebih ramai bekas guru dan pelajar sekolah itu menyertai majis tersebut. Mereka yang berminat boleh menghubungi Cikgu Wan Salahudin 019-2623784 atau Intan Syafinaz 019-3480968…. Jadi jom ramai-ramai kita menyertai majlis itu…rasanya buat tema “back to school” paling sesuai… aku nak pakai baju sekolah rendah dan sikat rambut ke tepi hahahha

P/s: rindunya pada cikgu-cikgu aku!!! Nak sangat ucap terima kasih kepada semua cikgu aku, kerana cikgu lah aku berjaya seperti ini….

1 comment:

NurIsme Khalid said...

tema back to skool memang besh....menarik.bile la sekolah ak nak wat cm ni gak.huhuhu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...