Buka saja TV atau selak saja surat khabar kebelakangan ini, pasti akan ada berita mengenai kes gadis yang hilang…..
“Hilang lagi??”, itu perkataan yang terpacul dari mulut aku ketika membaca akhbar hari ini
Kenapa gadis kita mudah hilang?? Kenapa bukan anak teruna?? Aku semakin pelik…. Kalau budak kecil hilang, aku risau lah…kerana tidak tahu apa-apa…dan senang saja kena culik…Ini gadis!!! Sudah besar panjang……Kalau kanak-kanak hilang, kita selalu salahkan ibubapa mereka kerana cuai…tapi kalau gadis hilang, kita hendak salahkan siapa?? Facebook?? Atau Ibubapa juga??
Ini belum kira kes yang saja-saja menghilangkan diri….Yang saja-saja ini, aku rasa polis patut saman gadis itu balik….menyusahkan pihak polis saja…
Satu saja cara yang aku nampak bagi mengatasi masalah ini ialah pastikan anak gadis anda tidak keluar berseorangan…pastikan mereka sentiasa ditemani oleh ahli keluarga yang lain.
p/s(i): Susahnya jadi ibu bapa zaman sekarang….ibubapa zaman dulu, walaupun hidup susah..anak-anak ramai….tapi anak-anak tetap membesar dengan sempurna.. Apa rahsianya??
p/s(ii): Suka berkaraoke lagu Diddy - Hilang
No comments:
Post a Comment