Pagi semalam….
Sedang gigih aku membuat kerja di awal pagi…Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi….bunyi seperti air….siap bergetar lagi… habis poket seluar aku turut bergetar juga…terpaksalah aku segera mengeluarkan telefon bimbit aku dari seluar… takut ada benda lain bergetar sama….duit syilling okay….jangan fikir bukan-bukan….Kalau telefon bimbit aku berbunyi air itu menandakan ada mesej masuk…
Aku pun buka dan baca mesej itu…
“Satu ujian akan diadakan pada jam 9.30 pagi di bilik seminar. Semua staf diwajibkan. Mohon supaya beri kerjasama”
Rasanya lebih kurang begitulah bunyi mesejnya….aku sudah tidak ingat…sebab aku sudah delete mesej tu sebab terlalu terkejut….Haha
Ujian secara mengejut akan dilakukan ke atas semua staf tempat aku kerja????….Apa????
Aku pun pergi ke tempat yang telah ditetapkan iaitu di bilik seminar…untuk melihat ujian apa yang akan dilakukan….
Sebaik saja aku sampai di bilik seminar….aku perhatikan ada beberapa orang staf yang sudah berada disitu…. Ada juga beberapa orang lelaki yang aku tidak kenal….. Aku masuk ke bilik seminar itu dan mengambil nombor….Nama seorang demi seorang dipanggil….Kerana terlampau terkejut dengan ujian itu….semua staf yang dipanggil namanya pasti akan terkencing…. Aku sungguh berdebar menunggu giliran aku…
Beberapa minit kemudian, nama aku pun dipanggil oleh seorang lelaki, yang aku tidak kenal itu….Selang beberapa minit..aku pun terkencing juga….Malu tak perlu cakap la… Tak tahu hendak letak muka aku dimana…
Walaupun aku malu….Tetapi aku bangga sebab aku lulus ujian ini…Urine Test HEHEHE!!!!
No comments:
Post a Comment