nak ikut.....

Sunday, March 11, 2012

Kalau dah hantu Milo….

Semalam, singgah la aku di Kolej Matrikulasi Melaka…niat di hati ingat ingin jumpa sepupu, tetapi terjumpa orang lain hehe…

Sedang lepak di Kafe B, aku terpandang sesuatu di warong roti canai yang berada di situ…. Roti Milo??? Roti Milo Pisang??? Kalau dah nama hantu Milo, mesti pantang nampak perkataan Milo..aku hendak dekati…

Aku pun pesan Roti Milo satu dan Roti Milo Pisang satu….Aku perhatikan pakcik tu buat… Roti canai biasa ditebarkan, kemudian Milo ditaburkan dan juga di letakkan susu pekat… kalau roti milo pisang, letak la pisang sebiji yang telah dipotong nipis…..Dalam kepala aku asyik fikir…habis lah banyak kalori ni heheh

Kemudian, setelah siap, pakcik tu hidangkan dalam pinggan….dan hulurkan kepada aku… aku ambil dan pandang ke arah muka pakcik aku…dalam hati aku berkata,

“Tak kan makan macam ni je, tiada kuah langsung ke??”

Tetapi pakcik tu pandang muka aku kembali dengan perasaan tidak bersalah…Lama juga aku berdiri di situ…tetapi pakcik tu buat selamba meneruskan kerjanya menebar roti canai hehe

Aku ambil pinggan aku tu dan berlalu pergi ke meja makan…setelah aku letak pinggan di atas meja makan…aku kembali ke arah pakcik itu…

“Ada kuah tak pakcik???”

“Ada…ohh nak kuah ke??”

“Nak…kawan saya nak”, hahaha aku menggunakan orang lain…yela mungkin pelik makan roti milo dengan kuah…jadi pakcik tu tidak tahu siapa yang makannya…. Kalau aku sebut, aku yang nak… nanti pakcik tu cam muka aku heheh

“Ohh yeke??, selalu orang makan roti milo tiada kuah, sebab sudah manis dan berlemak”

Aku ambil sepiring kuah dan berlalu pergi….Manis….Berlemak…Manis….Berlemak… itu perkataan yang main di fikiran aku, sehingga sampai ke meja makan aku…tetapi apabila sudah nampak Roti Milo Pisang berada di hadapan mata…..terus makan tak toleh kiri dan kanan lagi hahaha..Serius sedap, aku kena cuba lagi ni…Tapi tak kan lah Roti Milo dan Roti Milo Pisang hanya berada di Kolej Matrikulasi Melaka (KMM)??
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...