Zaman sekarang macam mudah untuk menjadi artis atau retis!!!
Jika anda rasa anda berbakat…anda hanya perlukan perakam video…atau yang murahnya, pakai video pada telefon bimbit saja….bukan perlu mikrofon tau, tetapi perakam video…..rakam nyanyian anda dan kemudian muat naik dalam youtube ke?? Atau facebook saja… Jadi dari situ anda boleh tahu bakat anda…sama ada anda layak jadi penyanyi atau tidak… tengok berapa orang suka dan kutuk anda… Kalau ramai orang suka, anda sangat bertuah…peluang anda hendak menjadi artis lebih cerah…. Maka anda rekod lebih banyak lagi nyanyian anda…
Jika sebaliknya iaitu anda kena kutuk?? Apa pula anda perlu buat?? Mengalah?? Ish jangan sama sekali…anda hanya perlu padamkan rakaman itu di youtube….kemudian muat naik video bagi lagu lain pula…dengan nama lain pula hahah…. Gagal sekali, bukan bermakna gagal selamanya kan…. Tetapi kalau setiap kali video nyanyian anda dikutuk…anda berhenti rakam seketika, pergi sambung belajar…. Belajar elok-elok…cari kerja lain selain menjadi artis….mungkin salah perakam video tu, nyanyian anda tidak sedap hehehe….
p/s(i): Kenapa anak-anak muda hendak menjadi artis?? ?? kaya?? Popular??
p/s(ii): aku sedar suara tidak sedap…sebab tu tidak berminat pergi karaoke!!
p/s(iii): Kenapa ramai artis youtube wanita pakai tudung???
1 comment:
majoriti yg pergi karaoke suara bukannya sedap :-) , termasuk aku
Post a Comment