Semalam adalah hari terakhir pelajar-pelajar aku di kolej….selepas
ini, kemungkinan mereka bekerja atau sambung belajar
Dan semalam juga adalah hari terakhir yang dapat kami
kumpul beramai-ramai….
Dan boleh pula, mereka ramai-ramai nyanyi lagu Salam
Terakhir……lagu yang pantang aku dengar… kerana biasanya aku dengar lagu tu
ketika potong bawang, jadi mata akan berair la heheh
Mereka start menyanyi lagu tu tanpa aku sedari….rangkap
pertama mereka menyanyi
“Sampaikan salam buat semua,
Salam terakhir salam teristimewa,
Kepada kau yang tersayang,
Pada teman yang ku kenang,
Pemergian ku ini tak dirancang”
“Aduiii, apsal mereka nyanyi lagu ini….” Kata aku dalam
hati…. Aku cuba tahan, tak kan nak nangis kot, tak macho la heehe….aku cuba fokus
pada benda lain bukan pada lirik nyanyian mereka, buat-buat gelak atau bercakap
dengan yang lain… Tapi mereka terus menyanyi dengan kuat….
“Usah bertanya mengapa aku
Mengucap salam terakhir kepada mu,
Kerna waktu berputaran,
Bimbang tak berkesempatan
Melahirkan kerinduan terhadapmu”
Mata aku sudah mula bergelinangan….aku memang teringat
abah….bait-bait liriknya betul menceritakan bagaimana aku tidak berkesempatan
berjumpa dengan abah saat akhir….memang aku sangat rindu abah….aku cuba
aplikasi petua orang supaya tidak menangis….pandang atas la, tidak kelip mata
la…dan macam-macam lagi…..tetapi mereka terus menyanyi…
“Demi sebuah kenyataan,
Yang amat menyakitkan,
Aku yang tidak berdaya,
Hanya berserah padanya”
Tanpa aku sedari, jatuh juga beberapa titis air mata aku…..walaupun
mereka menyanyi dengan tempo yang lari dan salah heheh…Bukan aku tidak sedih
mereka hendak tamat belajar, aku sedih sebab dalam tempoh 6 bulan ini banyak
kenangan kitorang bersama…..kalau dulu ada yang pemalu, sekarang sudah berani
berkata-kata…. Kalau dulu ada yang takut-takut nak bergurau dengan aku,
sekarang berani kata “kecah la encik” haha….aku memang sedih mereka hendak
habis, tetapi sekarangkan zaman teknologi? Boleh sentiasa berhubung di
facebook, wechat, telefon, mesej dan lain-lain… tetapi bagaimana aku hendak
berhubung dengan abah?? Hanya aku mampu kirimkan doa sahaja….tetapi tidak ada maklum
balas dari abah….aku rindu untuk terima mesej abah yang panjang-panjang setiap
kali hari jadi aku….
Serius, aku memang
tidak boleh dengar lagu ni…Mereka memang Berjaya nak buat aku sedih untuk
berpisah dengan mereka huhu…tunggulah aku buat kompilasi video sepanjang
semester, nak kenakan mereka pula…
Nota kaki kanan: Hari semalam merupakan hari yang akan
aku ingat sampai bila-bila kerana banyak perkara indah berlaku, aku menang
pingat emas dan gangsa untuk dua inovasi aku, audit 5s kolej aku berjalan dengan
lancar, dan pelajar aku tamat belajar semalam serta kebetulan gambar mereka keluar
dalam akhbar.
Nota kaki kiri: Banyak kenangan bersama, mengecat,
bernasyid,berjual beli (usahawan), maskom, berlakon video, talentime, azan, port
Dickson, badminton dan banyak lagi
Wechat: kjkun86
Instagram : KHAIRULJOHARI86