nak ikut.....

Saturday, January 9, 2010

My name is Khalid

Pagi tadi semasa aku pergi berjogging…tetiba aku mendengar ada suara orang menjerit dari arah belakang aku..Khalid! Khalid! Khalid!...aku buat tak tahu je lah…sebab nama aku bukan Khalid… aku terus saja berjogging…tapi jeritan tu semakin kuat… Khalid! Khalid!... Aku pun menoleh ke belakang… Aku perhatikan ada seorang pakcik atau selayaknya di panggil atuk menjerit-jerit memanggil nama Khalid sambil melambai tangan ke arah aku…Owh pakcik ni..yang dulu aku pernah jumpa… Dia pun bertanya kepada aku..
“Dah lama tak Nampak Khalid berjogging kat sini…Mana Siti dan Awie??”
Hahaha aku pun terus menjawab.. “Agak busy kebelakangan ni pakcik, tu yang jarang berjogging ni”.. Korang mesti pelik kan, kenapa pakcik tu panggil aku Khalid..
Begini ceritanya….(aku cuba mengimbau ingatan yang lepas hehehe), beberapa bulan yang lalu..aku berjogging dan bermain badminton dengan adik-adik aku di kawasan jogging tu…dan pakcik ni suka join main badminton dengan kitaorang….dan masa tu lah bermulanya perkenalan kami… Mula-mulanya, aku perkenalkan diri aku Khairul…(tak kan lah nak perkenalkan diri aku KJ plak heheh, nanti dia ingat aku anak orang asli yang mempunyai nama pendek2 heheh)…tapi bila keesokannya…dia lupa nama aku dan tanya kembali….oww rupanya pakcik ni dah terlupa…aku ingatkan kembali pakcik itu, nama aku Khairul… tapi tetap pakcik itu tak boleh ingat….jadi aku sebut je lah nama aku Khalid…dan sampai sekarang dia masih ingat dan percaya nama aku Khalid…
p/s: ow nampaknya aku kena cari awek nama Siti ni….ala-ala Datuk K (Khalid) & Siti nurhaliza hehehe

4 comments:

~RoY @ AzRuL~ said...

khalid!!! dah asyik joging je skrg, mesti khalid dah kurus ek!!! hahahahaha

Fiq said...

haha... life xperience

KJ-kun said...

roy: owg jogging sebab nak cari awek kalau ada yg tersangkut ke hehhehe

fiq: hahaha life experience eh

eni said...

waaahhhh.... nk panggil khalid jugak...
errrr... abg khalidddddddd..... huhuhu~

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...