nak ikut.....

Sunday, March 14, 2010

Baru aku tahu…

Baru aku tahu, kenapa kaum hawa sangat risau jika tidak berkahwin atau mempunyai teman lelaki pada usia 20-an.Pertama sekali, mungkin mereka takut digelar Andalusia (anak dara lanjut usia) atau andartu (anak dara tua) dan keduanya, mungkin mereka tidak sibuk pada waktu itu. Biasa lah, pada usia 20-an kaum hawa baru mula bekerja (bagi lepasan universiti), jadi tugasan di pejabat masih tidak banyak dan mempunyai masa untuk bersosial dan bercinta. Jadi kalau kahwin pada masa itu, tidak akan serabutkan kepala dengan tugasan kerja yang menimbun-nimbun jika cuti terlalu lama untuk berbulan madu hehehe… Dan yang paling penting, mereka hendak merasa menjadi ibu..Ini kerana, jika mereka berkahwin lewat kebarangkalian untuk mendapatkan anak makin rendah (atas faktor-faktor tertentu) atau risiko untuk kelahiran anak yang cacat atau sindrom Down semakin meningkat.

p/s: lelaki pula suka menetapkan tempoh lima tahun untuk bercinta sebelum berkahwin.Sebabnya bagi memastikan kewangan sudah stabil dan untuk mengenali hati budi masing-masing.

5 comments:

joegrimjow said...

ku tak tetap apa2 syarat pon
hehe

Adziim said...

Bercinta lama-lama takut terputus time-time nak kahwin.
Lama tu lima tahun.

Unknown said...

btul 2...
aku bru 2 taun brcnta ne...
x ckup syarat lg la...

Anonymous said...

aku tak pernah fikir nak kahwin lagi.hahah

Unknown said...

joegrimjow: bgus2 nanti kahwin jmput kj eh heheh
mimpi: bgus gak...nanti dah kahwin xde la cerai heheh

luz:hahah...ok2 penuhkan syarat tu hehe

red:hahaha ko yo yo o je...tahu2 nanti aku terima kad kahwin ko hehehhe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...