nak ikut.....

Monday, May 24, 2010

Deria Ke-6??

Pernah dengar mengenai sixth sense?? Bukannya mengenai kumpulan Malaysia yang popular dengan lagu TANPA itu…tetapi adalah mengenai deria keenam…

Rasanya semua ahli kumpulan sixth sense tiada deria ke-6

Kebanyakkan manusia biasa secara amnya hanya mempunyai 5 deria sahaja iaitu deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu, dan rasa. Apakah deria keenam?? Bila berbicara mengenai deria keenam, sering dikaitkan dengan deria yang dapat merasa dan melihat kehadiran hantu... Siapa yang hendak deria keenam?? Kalau aku, tak nak lah walaupun ditawarkan dengan wang berjuta ringgit....aku bersyukur dengan kelima-lima deria yang telah aku ada.... hehe.. kalau ada yang kata,deria keenam itu satu kelebihan....aku tetap dengan keputusan aku, aku bersyukur dengan lima deria yang telah aku miliki...Takut lah aku...kalau nanti setiap masa dan ketika asyik menyaksikan pelbagai lembaga yang menyeramkan...cukuplah sekarang ini, aku dah takut dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri heheh...

p/s: Aku sering terfikir, bagaimana eh kehidupan orang yang memiliki deria ke-6?? Mesti sentiasa dalam ketakutan...

p/s/s: Filem seram yang tak seram...tetapi kelakar (aku tergelak dari awal sehingga habis) yang pernah aku tengok ialah SKRIP 7707...Filem macam hampeh...nasib baik aku tengok yang download nya je...

7 comments:

aya said...

arwah tok i ader deria nieh

Unknown said...

wah seramnya

Anonymous said...

hoh! x mahu aku ada deria ke-6 ni..uhu

tidak dikehendaki said...

klu nak ckp filem tu.. yeah, mmg x best. ;)

Kongsi Le said...

saya nak....

Kongsi Le said...

lagipun semua manusia ada deria keenam ...

Pro BlueLine said...

deria ke 6-otak lastly deria ke7-Hati
Melihat Mahluk Halus mrupakan deria petama,.mata-melihat,..Pandangan manusia utk mlihat hanya tbatas utuk mlihat dnia nyta,.skiranya allah mbnarkn mata utk mlihat alam ghaib,.mka rhsia deria ptama trukai,..coz stiap deria kta miliki 2 sifat..cth mata boleh 1-mlihat ape2 sja yg wjud d alam nyata,.2-boleh mlihat dunia ghaib,..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...