nak ikut.....

Tuesday, October 25, 2011

Pasangan anda curang???

Adakah pasangan anda curang??


Adakah anda sudah terhidu bau kecurangan pasangan anda??


Adakah diri anda sendiri yang curang??

Sebenarnya senang saja untuk menghidu kecurangan pasangan anda….semudah menghidu keharuman bau ayam KFC….sedapkan?? heheh… Kecuali la memang hidung anda tersumbat dan mata anda buta, sebab itu anda masih tidak mengetahui pasangan anda telah curang…

Berikut adalah tanda-tanda keMUNGKINan pasangan anda curang…..

Pertama: Pasangan anda berhati-hati dengan aktiviti komputernya. Kalau dulu dia tidak pernah log keluar pada aktiviti laman sosial yang dikunjunginya namun kebelakangan ini dia begitu berhati-hati dengan aktiviti Internetnya. Kadang-kadang jika anda perhati dia akan memadamkan semua 'history' aktiviti di komputer supaya anda tidak akan dapat mengesan apa yang dibuatnya.

Pencurang: Pastikan lepas ini anda ada lebih daripada satu akaun laman sosial… bermakna anda ada 2 atau lebih akaun facebook…..laman sosial dimana dalam senarai kawan anda ada pasangan anda….anda buka di rumah je dan tak payah log out.. tetapi akaun lain dimana anda menjadi nakal dan curang, bukalah hanya di pejabat sahaja hehehhe


Kedua: Perubahan dalam rutin atau jadual hariannya. Kalau dulu rutinnya sama saja, anda pun sudah masak dengan segala aktiviti hariannya..

Pencurang: Pastikan rutin atau jadual harian anda tidak berubah dengan ketaranya…. Kalau tidak boleh juga, pastikan anda pergi kerja awal… kerana pasangan anda pasti tidak syak anda curang kalau anda pergi kerja awal….tapi kalau anda balik lambat daripada kerja…sudah tentu pasangan anda mengesyaki anda curang….heheh


Ketiga: Emosi yang anda berdua sedang alami. Pada satu peringkat dalam rumah tangga anda akan mengalami saat di mana rumah tangga itu akan menjadi agak hambar kerana kurangnya masa diperuntukkan untuk berdua-duaan. Lihat perubahan pada pasangan anda, adakah dia semakin kurang bercakap, kurang ketawa? dan kurang memberi perhatian kepada apa yang anda tuturkan padanya? Jadi berikan perhatian apabila pasangan anda hanya ada 'jasad' di sebelah anda dan fikirannya menerawang entah ke mana.

Pencurang: Pastikan anda sentiasa tidak berubah perangai ketika berada bersama pasangan anda sampai boleh jelas kelihatan. Kalau tidak boleh juga, anggaplah anda jumpa pasangan anda seperti anda jumpa skandal anda hehehe..wah pasti seronok hahaha


Terakhir: gerak hati. Bukan mahu bersangka buruk tapi apabila kita tergerak untuk dapat mengesan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku memang kita tidak mampu menafikannya.

Pencurang: Anda pandai curang, anda mesti pandai sorokkannya hahah


Sumber olahan dari utusan Malaysia.

p/s: Kenapa perlu curang???

p/s (ii):Kalau takut terkantoi panggil pasangan anda dengan nama skandal anda, biasa-biasakan lah diri anda untuk memanggil mereka dengan nama sayang….pasti tidak tersilap dan tidak terkantoi heheh dan yang penting lebih romantic dan sayang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...