nak ikut.....

Monday, October 31, 2011

Aku hendak tangkap musang itu!!!

Setiap malam pasti tidur aku terganggu….biasalah tidur di rumah kampong yang beratapkan kepingan zink….pada mulanya seram juga…sebab aku tinggal seorang diri….dalam keheningan malam yang hanya ditemani bunyi cengkerik…tiba-tiba bunyi atap zink seperti dipijak….bunyi kedengaran perlahan datang dari arah dapur…dan semakin kuat hingga ke bilik tidur aku….dan kemudiannya terus senyap….biasanya berlaku dalam pukul 12 pagi, ketika aku hendak tidur….

Aku pernah tanya kepada makcik aku mengenai bunyi itu…

“Makteh, bunyi apa yang selalu angah dengar atas atap setiap malam tu??”

“Oww bunyi musang jalan atas atap la tu”

“Ingatkan pencuri tadi”

Dan tadi aku terbaca surat khabar, yang mengatakan najis musang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan…boleh dapat RM 704.83 sehari…wah boleh kaya aku!!! Tetiba mata aku asyik terbayang duit sahaja hahah


Tetapi dengan syarat, najis musang itu mengandungi biji kopi la heheh…Ini kerana enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri…


Jadi misi aku dan pakcik aku malam ini ialah cuba menangkap musang yang mengganggu tidur aku itu… dan kalau sudah dapat, bagi musang tu makan banyak-banyak biji kopi sampai terberak hehehe

1 comment:

sesumpahmerah said...

apa salah musang itu huhuhuhuu

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...