nak ikut.....

Tuesday, October 11, 2011

Budimankah aku???

Kadang-kadang aku terfikir….aku ni budiman ke??


Mungkin ada yang tertanya-tanya…apa itu budiman?? Anak suparman ke??


Ish mungkin ada yang tak tahu apa itu budiman tapi kalau sebut gentleman mesti ramai yang tahu…. Dulu masa kecik-kecik, aku faham kalau lelaki itu budiman atau gentleman mesti bagi wanita buat apa-apa dulu… kira gentleman ni, lelaki yang memegang kuat prinsip “ladies first”…sikit-sikit bagi perempuan buat dulu… itu dulu!!


Aku pernah tanya kawan perempuan aku, ada ke lelaki budiman?? Dia kata:-

“Susah nak mencari lelaki melayu yang budiman, kalau mat salleh ramai la”

Betul ke?? Untung mat Salleh…dia seorang je budiman, Mat yie, mat Leh, Mat Rempit dan semua mat yang lain tidak dikategori sebagai budiman hehehe


Apakah ciri-ciri lelaki budiman?? Disini aku senaraikan beberapa ciri untuk melayakkan seseorang lelaki itu tergolong dalam kategori budiman:-


a)Tahu bagaimana untuk menghormati wanita
b) rendah diri terhadap semua ciptaan Tuhan
c) Tahu had dalam perbualan dan batasan tingkah laku semasa berdampingan dengan wanita
d) Memastikan wanita berasa selesa dan selamat dengan kehadirannya
e) Tahu berinteraksi dengan baik


dan apa lagi eh?? Senang cerita, lelaki yang buat baik pada perempuan boleh dikategorikan sebagai budiman lah hehehe



gentleman kan kita orang?? hahha



p/s: Jadilah lelaki yang budiman…jangan menjadi lelaki yang dayus!!!

p/s(i): Aku tidak boleh menjadi budiman kalau aku hendak naik komuter….Kalau aku menjadi budiman, sampai bila-bila aku tidak dapat naik komuter hahaha..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...