nak ikut.....

Monday, March 19, 2012

Aku sudah bertunang?

Sedang aku lepak di rumah….Kebosanan…Aku pun mesej kawan lama aku…sudah lama aku tidak mendengar khabar beritanya….Dalam sibuk kami berbalas mesej, tetiba dia tanya aku satu soalan yang membuatkan aku tergamam..


“Kau apa cerita?? Kau dah macam bertunang je”


“Aku okay je…Apsal aku macam orang bertunang pula??”, aku terkejut… Sebab tunang aku pun aku tidak kenal HAHAH


“Yela…aku tengok kau galak berblogging je sekarang”


“ERK!!!”


Aku tengah cuba hubungkaitkan, apa kaitan bertunang dengan berblog?? Nak kata aku cerita pasal tunang dan cinta dalam blog ni…jauh sama sekali….Yang aku boleh kaitkan…mungkin kalau aku gembira bertunang, jadi perasaan gembira aku itu membuatkan hati aku tenang dan menterjemahkan kegembiraan aku itu dengan aktif menulis entri untuk blog ini hehehe..


Tapi ini entri pertama aku selepas aku berhenti sekejap menulis entri seminggu lepas….Adakah ini bermakna aku bergaduh dengan tunang aku?? HAHHA


p/s(i): Jadi aku sudah tahu jawapan kenapa blog orang yang sudah kahwin tiada entri terbaru pada hari khamis malam jumaat….heheh


p/s(ii): Kalau hendak tengok aku tunang dengan cepat….rajin-rajinlah klik iklan yang muncul dalam blog ini….duit dari iklan tu aku nak buat sebagai hantaran hahaha

2 comments:

Anonymous said...

hahahahaha..bijak2 :0

Anonymous said...

wah,da ade calon ke?

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...