nak ikut.....

Saturday, July 16, 2011

Aku ada rupa pembangkang???

SEJAK duduk di Melaka ni, aku ada satu jawatan yang baru disandang secara tidak rasmi iaitu menjadi pemandu dan pembantu peribadi makcik aku…Kemana saja makcik aku hendak pergi,aku akan mengikutinya secara paksa rela hahahah….bagus juga sementara aku belum menemui lagi hiburan atau pengisi masa lapang aku ni hehehe….tidak adalah aku bosan duduk di Melaka bandaraya bersejarah ini…walaupun subjek sejarah, paling aku tidak suka dan bosan masa zaman sekolah dulu hehheh..ada kaitan ke???

Sementara aku menemani makcik aku membeli belah pagi tadi…aku saja duduk di luar pasar raya…. Malas hendak menemani makcik aku shopping di dalam….biasalah kalau perempuan dah shopping… semua tempat nak di masuk dan disentuh, belinya tidak heheheh… Aku duduk di luar pasar raya sambil menikmati udara segar dan menikmati pandangan indah… memang indahnya pandangan di Melaka ini… gadis-gadis secantik puteri hang li po… heheh..

Sedang aku leka duduk, aku perhatikan ada seorang pakcik ni tersenyum dari jauh lagi… aku toleh ke kiri dan ke kanan aku….aku perhatikan orang lain membuat hal masing-masing….

“Pakcik ni senyum kat aku ke???” kata hati ku…

Aku membalas senyumannya…walaupun aku tahu senyuman aku itu palsu…Nampak sangat di buat-buat…mengalahkan senyuman kambing….yela nanti orang kata aku sombong pula…. pakcik itu semakin menghampiri aku…. Aku resah!!!!

DAN bila pakcik itu berada di hadapan aku….dia menghulurkan satu surat khabar kepada aku… aku mengambilnya..dan pakcik itu pun berlalu pergi… tapi mengapa pakcik itu pilih aku???? Aku pun membuka surat khabar itu…oww surat khabar parti pembangkang…. Adakah aku ada rupa pembangkang???

p/s: Aku bukan lah pro-kerajaan mahu pun pro pembangkang….aku menyokong berdasarkan individu..bukan parti…nasib baik calon ditempat aku bagus membuat kerja… aku akan terus menyokongnya…

p/s/s: bila seseorang itu sudah terlalu fanatik, benda yang salah pun dinampak betul….

p/s/s/s: Semoga Malaysia tanah airku akan terus kekal aman…AMIN!!!

p/s/s/s/s: aku tidak akan mengundi orang yang tahu berceramah je tetapi tak buat kerja dan aku juga tidak akan mengundi orang yang akan nampak mukanya bila pilihan raya semakin hampir...

3 comments:

Khalilah Aqilah (KAM) said...

perlu ker bnyk p/s,p/s/s,p/s/s/s etc abg kj??? huhuhu.. ^_^

kj said...

ok la pas ni abg kj pissstt (bisik) je kat kalilah eh

Unknown said...

pandai buat kerja tu yg pnting..takat ceramah ..keje xgerak..alahai..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...