nak ikut.....

Sunday, July 31, 2011

Terima kasih kerana menegur….

Aku tidak sangka blog aku ini akan ada orang yang membacanya…dan terima kasih di atas teguran yang aku terima di facebook, blog dan email….Ini semua di sebabkan entri aku sebelum ini : Ashraf Hafiz Aziz meninggal dunia!!!. Di akhir entri itu, aku ada menulis:-

“p/s: Masyarakat hanya lebih tahu menghukum daripada membantu memperbetulkannya…”

Maksud menghukum yang aku cuba maksudkan disini adalah mencaci dan menghina sebagainya….Korang semua boleh buka dalam internet, forum dan sebagainya…akan dapati pelbagaian cacian yang teruk di lemparkan kepada diri mangsa dan keluarganya… Apa perasaan anda, bila anda dan keluarga anda dicaci dengan teruk??

Aku suka satu babak dalam filem nur kasih….dimana seorang ustaz lakonan Beto yang tidak mahu mengajar budak-budak nakal kerana duduk tidak berasingan antara lelaki dan perempuan dan tidak menutup aurat… jika ustaz itu tidak mengajar, sampai bila-bila budak-budak nakal itu akan terus sesat… Disini yang aku cuba sampaikan dalam p/s di atas, kita tidak sepatutnya menghukum dengan mencaci mereka yang tersimpang daripada ajaran islam ini, tetapi kita sepatutnya menjadi rakan atau sahabat yang sama-sama memahami jiwa mereka bagi membimbing mereka kembali ke jalan yang lurus… Bukan menjauhi mereka, tetapi mendekati mereka…itulah cara dakwah yang terbaik… Kalau hanya ceramah di buat di masjid, surau dan kelas formal…rasa-rasanya mereka ini akan datang??? Menipulah kalau anda kata ya….

Bagaimana untuk memastikan bahawa kejadian ini tidak akan berulang lagi??? Tanya seorang sahabat kepada aku…

Sama juga lah kalau aku hendak tanya dia balik…bagaimana hendak memastikan bahawa kamu sentiasa mengikut ajaran islam??? Dari kecil kita di didik dengan sebaik-baiknya dengan ajaran islam oleh ibubapa kita… tapi bila sudah besar, ibubapa sudah uzur atau meninggal….bagaimana hendak memantau perilaku anak-anak lagi??? Itulah peranan masyarakat sekeliling, saling tegur-menegur secara berhemah…. lagipun iman manusia ini hanyalah senipis kulit bawang, mudah di hasut dan di goda oleh syaitan...

Contohnya, Aku ada seorang kawan masa zaman sekolah…sentiasa bertudung dan setiap kali azan, pasti akan cepat-cepat lari balik untuk bersolat. Dan baru-baru ini, aku jumpa kembali selepas 8 tahun tidak berjumpa…. Tudung sudah tiada di kepala… memang la cantik…ciptaan tuhan…heheh…tapi aku selalu tegur dia…

“Kau cantik tapi lagi manis kalau bertudung macam dulu-dulu”

Syukur, dia mula menutup kembali kepalanya….bertudung walaupun berlilit-lilit dengan pelbagai fesyen…kejap fesyen Yuna…kejap fesyen Wardina.. Rasa-rasanya…kalau aku terus menghukum dan mencacinya…apa jadi??? Adakah dia semakin bertambah baik atau teruk?? Silap-silap hubungan persahabatan yang telah terjalin itu akan putus..

Emak aku selalu menegur aku, tidak semestinya orang yang alim itu akan mati sebagai orang islam…dan tidak semestinya orang yang jahat minum arak semua bagai itu akan mati sebagai orang kafir… kita tiada hak menghukum seseorang itu jahat atau baik… pengakhiran kehidupan kita tiada siapa yang tahu… seperti kisah INI

Jadi sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah Ashraf Hafiz Aziz

p/s: Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amal ibadat…lebih-lebih lagi bulan ramdhan semakin hampir.. (harap tidak disalah ertikan…bukan aku maksudkan budan ramadhan je buat amal ibadat ok!!!)

p/s/s: Emak aku menangis ketika menonton cerita Sutun….hehe


p/s/s/s: membaca dengan minda terbuka, melihat dari setiap sudut!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...