nak ikut.....

Friday, January 22, 2010

Tak guna menjadi lelaki…

Tak guna menjadi lelaki jika tidak membantu wanita dalam kesusahan..

Alkisahnya bermula pada pagi tadi…seperti biasa jam 7.15 pagi, aku akan menghantar adik aku pergi ke sekolah terlebih dahulu dan kemudiannya baru aku bergerak pergi ke pejabat… maklumlah aku ni seorang abang yang baik hehehe…

Ketika hendak pergi ke perjabat, dan melalui satu selekoh…aku terlihat seorang kanak-kanak perempuan berpakaian sekolah yang aku rasa berumur dalam lingkungan 7 tahun berdiri di sisi jalan yang bertentangan…. ketika itu aku perhatikan lampu isyarat jalan itu berwarna merah…. Aku pelik kenapa budak itu berdiri di situ, dan tidak pergi ke sekolah… Rupa-rupanya, emak budak itu tengah bersusah payah untuk menghidupkan enjin motor yang tiba-tiba mati….betapa sukarnya si ibu itu hendak menghidupkan enjin motor dengan berpakaian baju kurung…. Yang aku geramnya, ada la beberapa orang lelaki yang menunggang motor yang berhenti disebelahnya kerana lampu merah… hanya menengok saja si ibu itu…Ish bagi la pertolongan… kalau aku ada kat jalan seberang tu dah lama aku hulurkan bantuan….

Tapi mungkin tak bleh salahkan lelaki-lelaki itu sepenuhnya, mungkin diaorng beranggapan:

a) Perempuan ini akan fikir yang diorang akan ambil kesempatan atau mengoratnya.

b) Perempuan sekarang kan dah boleh berdikari….selalu memperjuangkan hak supaya berdiri sama tinggi dengan lelaki….

c) Takut nanti bila hulurkan bantuan, motor tak nak hidup juga….ohhh Malunya nanti..

d) Oww waktu pagi semua orang busy untuk pergi kerja…jadi nanti terlambat sampai ofis kalau tolong nanti….

p/s: Tolong menolong lah sesama manusia, tidak kira berlainan jantina, bangsa mahupun agama….pesanan khidmat masyarakat ini ikhlas daripada KJ

4 comments:

tengku_fir21 said...

ermm...
tlg jer
nk terima pertolongan tu soal kedua

piNky LuCiA said...

kenapa ko tak tolong dia kJ?

Farah Annysa said...

ha. tu pun soalan aku nk tny. ko sndri pehal xtlg

mR.sYaH said...

klu rasa nak tolong kita tolong...
biar ikhlas.. heheh..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...