nak ikut.....

Monday, February 27, 2012

Bahaya menggunakan telefon di pejabat…

Serius!!! Sangat bahaya!!!

Bahaya kalau anda kerap menggunakan telefon di pejabat….Yelah, nanti bos anda asyik lihat anda bergayut je….kerja tidak buat hehehe…

Sebenarnya, satu kajian mengenai kuman di pejabat telah dibuat dan di dapati bahawa telefon adalah tempat paling kotor di tempat kerja….Bukan bilik air okay!!!! Anda boleh dijangkiti selesema atau batuk hanya dengan menggunakan telefon pejabat… Dahsyat!!!

“Tiada sesiapa yang membersihkan atau membasmi kuman pada telefon pejabat”, kata professor mikrobiologi, Charles Gerba.

Sebab itulah telefon di pejabat menjadi tempat yang paling disukai oleh kuman dan virus…

p/s(i): Oh kini aku sudah ada alasan baik kalau tak nak angkat telefon di pejabat hehehe….

p/s(ii): Bagi pengguna telefon tegar, kini anda sudah ada tips untuk mengurangkan bil telefon anda… Jangan bergayut lama-lama, anggaplah telefon anda lebih teruk daripada mangkuk jamban hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...